˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: September 2011


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Friday, September 30, 2011

.PMR 4 Oktober ini.

Dicatat oleh m i a di 10:19 AM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

2, 3 hari ni akan mula sesi penuh latihan nasyid untuk festival nasyid Melaka 4 oct ini. psstt, korang doakan saya supaya tak cemerkap masa kat pentas nanti ya. amin amin.

4 oktober (Selasa) ni jugak akan bermula Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan paper pertama, macam biasa Bahasa Melayu Kertas 1, dan sebelah petang BM kertas 2 pulak ya. good luck untuk semua xspecially untuk adik saya Aiman. budak ni memang saje bikin wa pening hokeyy. saya kasi latihan suruh buat ringkasan (Bahagian A .1. Kertas 2), dia bole bantai bawak kertas tu keluar ntah mana-mana konon nak buat kat luar dengan kawan-kawan, bila balik kertas kemana die bole membongkang tido, grrr sabar je laa.


KLIK SEKALI

untuk adik-adik yang bakal menduduki PMR selasa depan, semoga berjaya oke. minggu terakhir ni, banyakkan review semua note, masih bole menghafal tapi tak digalakkan sebab takot mereng. kompom korang akan rasa macam eh tiba-tiba kenapa macam banyak lagi haku tak baca ni. lepas tu meroyan posak-posak cari itu ini aha.

saat akhir ni, bagi adik-adik yang masih belum abes study semua subjek, banyakkan focus pada subjek yang kita aim memang nak score 'A'. kira kasi tumpuan lebih sikit pada subjek yang kita rasa yakin da fully discover semua topik la. memang masih sempat lagi kalau nak review semua subjek, REVIEW dan buat latihan banyak membantu oke.

GOOD LUCK YA ADIK-ADIK



oke da bai,

~wassalam~

Padini Warehouse Clearance Sales 2011

Dicatat oleh m i a di 9:19 AM 13 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

ha meh sini ramai-ramai ada berita baek punya saya nak share ni. Padini ada buat warehouse sales kat Shah Alam. ala sedih tak dapat pegi huhu. Safwan dear, bole kirim ape-ape tak? muhahaha.



Company: Padini

Sales: 30 September 2011 – 1 October 2011

Venue: Padini Holdings Berhad, No 15 Jalan U1/20 Hicom Glenmarie Industrial Park, Shah Alam

haa hape lagikk, AWEsome gile semua barang lima hengget aje alahaii. aritu Padini ada buat sales RM5 ni kat Melaka, tapi saya lambat ketahuan jadi dapat sebat 3 jeans untuk adik-adik je dengan harga RM5/pcs. so sape yang dekat dengan Shah Alam grab la peluang ni ye. haikk, da gaji kan?? ehem..

ATTENTION : Goods sold is strictly not exchangeable, returnable & refundable. No Smoking / F&B / Big Bags is allowed in. Cash Only!!

oke tu je,

~wassalam~

p/s : hebahan dari anis :)

tengok robot bergusti dalam filem REAL STEEL kat SINI

Thursday, September 29, 2011

.shopping bole hilangkan stress kan? ehem.

Dicatat oleh m i a di 4:42 PM 6 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

disebabkan stress akibat beberapa isu yang tak dapat dielakkan, makanya saya mengambil keputusan untuk menjalani treatment mengurangkan stress ini kerana khuatir perkara ini akan berpanjangan dan menganggu kehidupan harian kelak ehem. kau tengok mak nenek ni da mengarut oii oii kau kenapa *sepak-sepak muka sendiri*

oke fine, saya pegi shopping hari tu, dapat? kehkehkeh shopping ni best kan, dapat hilangkan stress serta merta, tapi bila tak dapat beli itu ini, tahap stress lagi bertambah berlipat kali ganda, jadi ape yang cuba saya buktikan?? ha sudah saya sedang mengarut lagi korang perasan tak ni? argghhhhh!!! *bukan bunyi lucah, haip*

enaf mia pelis la. baeklah, Melaka ni kecik je semua orang tahu kan? ada 3 daerah je tapi shopping mall berlambak-lambak sini sana. yang terbaru, Jusco terbesar di Asia Tenggara *hamek kaww* dibina kat Melaka ni dan ianya memang tersangatlah superb marveless gilee. saya shopping tak hengat dunia dan sempat sebat 2, 3, 4 barang yang bikin saya menari-nari setempat dua tiga kali.


harta benda sepencarian

2 SiklyGirl Lash Prism Waterproff Mascara RM 14.90         
(buy 1 FREE 1 oyea!)
1 Elianto Shine Up Lip 04 Pink Opal RM 26.00
2 Begonia Mask from Sasa RM 4.47 (3pcs per box)
2 Cotton Bud 100pcs from Sasa RM2.00

oke tu je, laen kali saya buat review pasal Lipstik Shine Up tu ye. trust me, memang best gile.

oke da bai,

~wassalam~

TQ Nuffnang untuk BE kali ni

Dicatat oleh m i a di 11:40 AM 4 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

nampak iklan yang menari-nari kat belah tepi blog mak nenek ni? aha! alhamdulillah pagi-pagi rezeki da datang muhaha. thanks Nuffnang untuk BE kali ni. even tak seberapa tapi sangat oke daripada takde langsung, ye tak? maka, korang ehem, cubalah ehem, klik barang sekali dua, ape kata? kelasss kaw mariaa!





saya pernah share info bagaimana sesebuah blog dinilai oleh pihak Nuffnang dan pihak Advertisers untuk menjadi wakil kempen CPM diorang ni. antara 4 tips yang di'highlight'kan oleh pihak Nuffnang, ha sini tengok ramai-ramai

1. Kemaskini bahagian 'Survey' akaun Nuffnang
2. Tampal unit iklan di tempat yang sesuai/betul
3. Gunakan ketiga-tiga unit iklan di blog anda
4. Keahlian eksklusif/ Status Glitterati


untuk bacaan penuh, bole tengok ENTRY INI ya.

oke da uols,

~wassalam~

sua suwey ka moning

Wednesday, September 28, 2011

Highlight Blog : Blog Make Up & Produk Review

Dicatat oleh m i a di 6:11 PM 9 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

sekarang ni saya sedang gigih menaip novel yang da terbengkalai bertahun-tahun, muhahaha. dan lagi, sibuk juga menghafal lagu sebab tiba-tiba aje dapat call dari kakak Raqib nak ajak masuk nasyid untuk festival negeri Melaka 4 oktober ini. ehem, rasa gugup mula menguasai diri manelah tahu kot tersungkur kat atas pentas esok, atau suara tiba-tiba jadi beku haa ghasakk kauu la mak nenek uii.

oke enaf. dua tiga hari ni jugak, saya asyik skodeng tutorial make up oleh makwe-makwe cun aje la. haisshh, ntah hape sindrom berlaku sekarang ni, saya macam asaited plus teruja gila bila tengok tutorial make up Maria Elena ni. acely, saya bukan peminat nombor 1 dalam bab-bab warna-warni muka ni, tapi tu laa, semenjak dua tiga menjak ni aje gatai betol rasenya nafsu membuak-buak. makanya, dengan gigih nak highlight beberapa blog yang pada saya, memang best, sebab banyak buat review produk, tutorial make up dan macam-macam lagi info berguna untuk adekk manis macam saya ni. ehem.

eh sory la pada ostad jiji, beliau kurang berkenan kalau saya buat entry gadis-gadis ni, muhahaha hamek kau ostad, naek nama hang kat sini hokeyyy. oke sudah. harap bersabar ya ostad hihihi *gelak seriuss mintak lempang*

1. http://stoberycokelat.blogspot.com/

oh blog ni memang tersangatla saya rekemen. tutorial make up yang cik fyna buat gile mudah dengan step one by one. dan lagi, produk yang beliau gunakan memang jenis mudah milik takdelah harga ribu riban. korang bole cekkidaud kat menu bar blog ni ada beberapa tutorial make up yang hot sangat. dan yang paling saya suka, cik fyna jugak suka buat review produk hohoiii AWEsome sungguh. ce try tengok oke.

2. http://sayasukamekap.blogspot.com/

oyea. blog cik puteri ni adalah 1st blog yang saya discover sejak mula berkecimpongg dalam nafsu warna muka ni haiyak! blog cik puteri ni lebih banyak buat review produk berbanding tutorial make up, which is bagus jugak untuk info kita-kita ni *jari ke dada, mata ke atas, kaki naek sebelah ehem* dan paling best, cik puteri buat review produk yang memang digilai ramai macam Stage, Elianto, Etude House dan juta-juta produk lagi. silakan terjah blog ni kalau nak tengok review produk yang pelbagai hokeyy.

Iklan sebentar : KLIK sekali aje

3. http://littlelovealways.blogspot.com/

blog cik mazni ni pun hangat dengan tutorial make up jugak. 1st taim singgah sini, saya macam huwaa gila la ekstrem cara mazni bersolek. mula-mula macam nampak pelik, sebab beliau maen tonyok-tonyok giteww tapi bila da sampai final look, eh ehh nampak kemas dan molek sangat. yang paling AWEsome, mazni ada juga sertakan tips-tips make up yang hot sangat. ha maghii serbu blog mazni yihaaa!

4. http://zoeyzauyah.blogspot.com/

yeah ni adalah blog yang saya suka jugak. cik zoey memang seorang jurusolek makanya haruslah beliau pakar bab-bab make up ni. saya suka sangat tutorial make up cik zoey ni. seyesly, kualiti video memang top even tak setanding luar negara kan. sebab, cik zoey betol-betol focus pada bahagian yang nak disentuh. kalau make up mata, memang camera tu betol-betol focus pada bahagian mata, memang tersangat la puass kalau dapat tengok tutorial yang jelas macam ni. marila terjah ramai-ramai hokey.

keempat-empat belog ni memang saya highly recomended pada semua yang minat bab-bab make up dan produk-produk penjagaan wajah ni ya. acely, bagus jugak sebab kita bole jadikan rujukan kalau nak beli produk untuk diri sendiri kan. ehem

maka dengan itu, silakan terjah blog-blog di atas yawww!

oke da bai,

~wassalam~



Monday, September 26, 2011

Amel Nur Qalisya

Dicatat oleh m i a di 9:17 AM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

tangan bau hanyir sebab siang ikan banyak gile arini muhahaha. tiba-tiba adik saya menjerit bagitau kak long da masukkan gambar si kecik ini dalam facebook. lepastu, satu rumah meroyan rindu sangat pasal kak long saya masih di rumah mak mertua beliau untuk sesi berurut hingga Sabtu nanti. selebihnya, kak long akan berehat kat rumah ni sampai abes pantang.

Amel Nur Qalisya

oyeah. itu nama anak buah saya yang baru keluar pada 22 September lepas jam 11.28 pagi di Putra Specialist Hospital Melaka dengan berat 3 Kg sahaja. kurang sikit dari si Iman Nur Aisyyah hehe. Amel Nur Qalisya bermaksud harapan cahaya yang suci murni *kot* saya dengar-dengar kak long bincang nama baby masa kat spital aritu.


Amel Nur Qalisya Bt. Mohd Rafiqy



pelis jangan amek gambar banyak-banyak hokeyy, pfftttt!



Amel selepas beberapa hari melihat donia..

haii bertambah lagi seorang ahli keluarga saya. hamboi raya tahun depan lagi meriah la kot sebab dengar-dengar cerita akan dapat seorang lagi anak buah ehem ehem. hehe, takpe sayang-sayang mama sekalian, tahun depan rezeki murah dapatlah duit raya seorang sehengget, almaklum ekonomi meleset muhahaa.



wa da jadi kakak bhai. wa KAK LONG hokey, jadi wa rasa, wa patut tunjukkan contoh yang baek ehem.



hyee korunkkk! saya Iman Nur Aisyyah ;)

oke da bai

~wassalam~

KLIK limanam kali!



Saturday, September 24, 2011

Alhamdulillah, seorang lagi buah hati ai!

Dicatat oleh m i a di 8:18 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

ini cerita 3, 4 hari lepas ya. alhamdulillah, kak long saya selamat melahirkan seorang baby girl yang sangat putih, berambut perang memang cun melecun laa haii. seorang lagi buah hati pengarang jantung saya muahahah. dan saya tahu, akan datang muncul lagi 2, 3, 4, 5 orang anak buah. oyea!

kak long selamat bersalin jam 11.30 pagi macam tu. but mula rasa saket awal pagi jam 3 pagi macam tu. ahh tak kesahlah, yang penting kedua-duanya selamat dan sekarang tengah berehat kat rumah.

ada banyak benda nak bagitau tapi semua macam tak kompom lagi. nanti da sah, memang tak hagak-hagaklah saya nak share kat sini ehem. tu je.

oke da bai.

~wassalam~

Thursday, September 22, 2011

Review : Elianto Brightening Eye Zone Treatment Patch

Dicatat oleh m i a di 9:24 AM 8 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

ini adalah kali pertama saya beli eye patch. sebelum ni tak pernah beli sepanjang 24 tahun hidup kat dunia ni acehwaahh *over kau marriaa* acely, da lama beli Elianto Brightening Eye Zone Treatment Patch ni, adalah dekat 2 bulan lebih, dan masih tak abes guna. sebab ape? huhu sebab saya tak suka kot. later ai tell yu hokeyy.



Ingredients



pro

saya suka sebab benda ni macam lembab lembap sangat. siap bole gerak macam nak terjatuh dari tempatnya muhaha. dan lagi, ye..lepas guna bole nampak la eye bag tu macam kurang sikit. tapi kesan gelap bawah mata seyes takde beza ponggg.

kontra

ini satu benda yang buat saya macam nak 'alahaiii benda ni grrrrr' sikit. cara packaging dia. kau bayangkan 12 pairs eye patch melekat kat dalam satu paket. saya tak tahu pengguna lain, tapi bila nak pakai tu macam a bit leceh kot sebab kene keluarkan semuanya dari paket, then tarik satu-satu kalau nak guna. macam ada rasa tak AWEsome la kat situ.

repurchase?

erkk, tak kot.

mungkin pendapat kita berbeza, sesiapa yang penah guna eye patch ni, bole share cerita kat sini jugak oke.

tata uols.

~wassalam~


Sunday, September 18, 2011

Dermal Korea Facial Mask di MITC Melaka oyea!

Dicatat oleh m i a di 9:08 AM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

lama betul tak borak pasal produk skin care ea. macam tak menyempat nak menaip da sekarang ni. huhu. sekarang ni pun ada sedara dari Johor datang beraya ke rumah. oke lettew, raya kan sebulan? kan..kan.

oke sudah. semalam sempat jalan-jalan ke MITC Melaka sebab ada mum & baby fair kat sana. ehem, pada saya takdelah fair sangat kot. same aje harganya. tapi saya sempat jugak rembat satu barang yang memang menarik sangat sebab harga die betol kebabommlahh hai.

Dermal Korea Facial Mask

mata adalah macam nak juling sebab ada beribu riban mask kat situ dan semuanya da ada dalam paket. perkara pertama yang saya tanya pada amoi tukang jual adalah, produk ini HALAL atau tidak. so amoi ni eseplen kat saya tentang kandungan setiap mask, letih nak mendengar sebab banyak sangat type.


ni haa..hamek kau!


amoi tu sarankan saya guna Dermal Arbutin Collagen Essence Mask untuk jeragat dan bintik hitam. tak tahu la amoi tu kelentong ke hape, but saya memang niat nak sebat barang seketul dua sebab harga memang AWEsome gile larrr!



mak nenek sebat yang ini.


sekarang tengah promotion kat MITC Melaka Baby Fair

Dermal Korea Facial Mask
10 paket
RM12 SAHAJA


(RM1.20 EACH, hell yeahhhhhh!!!)

ha mane nak dapat engko. saya ada review pasal mask ni lepas da beli semalam. and yeahh, harganya bole tahan, RM4 each kot, dan yang paling murah, RM1.90 each, itu pun harga promotion. tapi kat sini bole dapat 10 paket sekaligus dengan duoblas hengget aje. best kan, best kan.

tapi tapi tapi, ada jugak yang tak bestnya. 10 paket tu, semua jenis yang sama aje. alooooo, tak dapat nak try laen-laen type, itu aje yang tak best. hehe.

baby fair ni tamat ESOK. jadi sape-sape yang ada di Melaka dan teringin nak beli, meh la singgah ya. ehem, mak nenek ni pun nak pegi beli lagi, dan lagi esok. muhahahahhahahhaa.

oke da bai.

~wassalam~

p/s : nanti nak buat review pulop!

KLIK rasa rasberry!



Wednesday, September 14, 2011

Terus rujuk pada JAKIM kalau ada keraguan pada logo halal.

Dicatat oleh m i a di 7:52 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

baru balik dari Hospital Putra, Melaka sebab jaga Kak Long saya yang tengah sarat sekarang ni. saya pulak berdebar bila dapat tahu kak long kena tahan wad. tapi alhamdulillah, harini da bole balik da.hehe.

sebelum balik tadi, ibu mengandung mengidam nak makan A&W, saya pulak tersengih macam kerang busuk kat seat belakang sebab kebetulan tengah berkumandang lagu Satu Malaysia kat dalam perut. ehem nampak la lagu patriotik sikit, Jumaat ni Hari Malaysia, kan?

tengah makan-makan, saya borak dengan kak long. saya tanya banyak-banyak restoran fast food kat Malaysia ni, mana yang beliau tak penah masuk lagi. kak long diam sekejap tanda macam susah gile nak fikir restoran mana yang belum penah disinggah. kemain lagi mak buyung ni haha. tapi ntah macam mane, kitorang terborak pasal tanda halal kat setiap restoran yang ada.




kak long cakap, tak semua restoran menggunakan tanda halal yang sah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). ada yang gunakan tanda halal dari badan berkuasa lain. tapi tapi tapi, ada juga antara tanda halal dari pihak luar ni, TIDAK diiktiraf oleh pihak JAKIM. kak long memang sangat berhati-hati kalau bab makan ni. sebab makanan jadi isi dalam perut, jadi daging, jadi darah mengalir sampai ke hati, jantung. dalam bab hal haram makanan ni memang tersangatlah diutamakan. ibu pon macam tu jugak. sebab tu masa kecit-kecit, ibu jarang belikan kitorang sosej, was-was katanya.

kak long sarankan saya tanya sendiri pada pihak JAKIM kalau ada keraguan pada tanda halal mana-mana restoran yang saya nak pegi. nak lagi mudah dan cepat dapat feedback, call terus je pejabat JAKIM tu. kak long siap kasi nombor telefon JAKIM tau. oke itu tipu.

memang banyak sangat bentuk tanda halal da sekarang ni. pening dan kadang-kadang timbul keraguan. saya percaya, ramai yang penah rasa macam ni kan. mungkin lepas ni saya bole 'highlight' kan number JAKIM ni sebagai favorite number, muhahaha. oke tak?

jaga makanan ya semua.

~wassalam~

KLIK sekali

p/s : korang tahu restoran Seoul Garden TIDAK diiktiraf logo halalnya? saya sarankan telefon sendiri pihak JAKIM ya.

Tuesday, September 13, 2011

Entry sengaja nak dapat traffic murahan.

Dicatat oleh m i a di 10:47 PM 10 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

semalam tido lewat sebab bw sepuas hati muhahaha. ada beberapa blog saya nak highlight sebab ianya tersangatlah AWEsome dan bermanfaat untuk adik-adik manis macam saya ni. ehem *silakan muntah =.= *

oke enaf. dalam pada merewang ke pelbagai jenis blog, saya tak terlepas pandang beberapa blog yang pada saya, hmm can ai say, mengejar traffic mencanak tinggi? memang banyak blog-blog da sekarang ni, dan pada saya, itu memang tersangatlah bagus. tapi yang tak bestnya, kalau kau buat entry kaw-kaw nak kasi pecah pembuluh hati readers dan seterusnya memang harammmlah nak singgah blog macamni lagi.

apa contoh entry yang pada saya, macam sengaja dibuat-buat untuk cari traffic murahan?

1. title nak AWEsome aje

ini bagi yang gila mengejar SEO la kot. honestly, saya pernah cuba buat eksperimen impak untuk traffic SEO ni, dan hell yeahh, ianya tersangatlah berguna untuk naikkan traffic blog. tapi tapi tapi da kalau selalu sangat buat tajuk yang takde kaitan dengan entry, trust me dear, pembaca akan bosan, BOSAN dan jangan mimpi akan singgah ke blog kita lagi. saya pernah ditegur oleh seorang blogger yang saya kira senior la jugak dalam dunia blog ni pasal cubaan saya gunakan title entry untuk naikkan traffic, alahai zaman jahiliah dulu la kan. dan sekarang, macam da faham apa maksud blogger tersebut *sengih* memang serius bikin wa panas hokey.


2. entry hentam blogger lain

yang ini memang seriussSSSssly annoying gile. ha kau nampak double triple 'S' kat situ? itu maksudnya, 'eiii pelissslahh' sambil hentak kepala kat dinding laju-laju sebab terlalu menyampahh sampai nak muntah kaler kuning! *oke over* tambah-tambah pulak, kalau blogger yang dihentam tu, one of da femes blogger. nahhhh!! ini memang da terang lagi bersuluh memang sengaja nak naekkan traffic blog secara tak sihat! fine, even kau ada macam-macam, beribu riban alasan kenapa nak buat entry hentaman tersebut, tapi pada saya, itu semua klise la weh. kita jaga diri masing-masing je sudahlah. tak perlu nak loghat sangat hal orang lain hokey. bole aje nak buat entry luahan pendapat, tapi tak payah sampai nak tampal-tampal link. sape makan cili, dia terasa pedas, kan? so chill aje. unless, kau memang saje nak dapat traffic murahan *sengih*




3. entry blogger gadoh dengan blogger

huhu, entry macam ni baru je wujud saya rasa. da jadi macam trend pulak da sekarang adoiyai. blogger ni petik nama blogger lain, dan buat entry gadoh-gadoh. readers yang tak tahu hujung pangkal datang membaca dan bagi komen itu ini yang menghangatkan lagi suasana. blogger yang disebut pulak, pegi buat entry nak balas dendam. haa sudah. ape ini? last-last dapat tahu, ini semua rekaan semata-mata dengan alasan nak tengok reaksi komentar yang pelbagai. damn.


4. entry cerita pasal anonymous

well, mungkin pendapat kita berbeza-beza. tapi, setuju atau tidak, readers bole menilai. bila kau buat entry konon nak hentam cik anon singgah di blog kau dan komen ntah hape-hape, percaya atau tidak, ini menyumpang pada traffic blog, kan?? sape penah buat macam ni, korang tahu benda ni betul atau tidak, rite? *sengih* even tak banyak, sikit pon jadilah. pada saya, tak salah kalau nak buat entry pasal cik anon ni, mungkin sebab kita terlalu asaited 'eh blog aku dapat komen dari anon la sukewnyew sukenyew bole jadi retis da ni auww*. tapi benda ni akan berpanjangan dan tak penah abes. so let it be aje da lah. tak perlu nak buat entry berkali-kali hanya bercakap tentang topik anonymous ni. tipikal tahu? saya suka cara seorang blogger ni handle kes-kes cik anon ni. simple dan tak semak memberatkan otak nak fikir. hehe.




oke cukup la 4 tu. karang letak banyak-banyak, terbuka pekung di dada pulak aha! ape pun, mesti ada blogger-blogger comel yang akan cakap, 'blog aku, suka hati akula, ade haku kesah?' ehem.

oke da bai

~wassalam~

p/s : Teringin nak guna yang INI



Sunday, September 11, 2011

.kenapa Pak Guard sekolah tak kacak macam Shaheizy Sam ye.

Dicatat oleh m i a di 11:46 AM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

ini tak abes cerita pasal kantin sekolah lagi okey. ehem sekarang nak baget macam muda-muda gittew padahal tak sedaq diri nak masuk zaman old skool da. eh macam sedap aje sebut old skool tu kan? oke da mengarut.

sepanjang 2 hari saya kerja kat kantin sekolah rendah, masih tak berkesempatan nak terserempak dengan pak guard sekolah tu. mungkinkah dia sama hensem dengan pak guard sekolah lama saya dulu? sebab saya macam perasan, pak guard sekolah muka semuanya sepesen aje. gumuk pon lebih kurang aje. oke fine, even tak sama, tapi diorang hampir-hampir nak sama kan??? grrr *nak jugak cakap sama tuiihh* tapi tiap kali saya masuk sekolah, mesti akan cari pak guard dulu, haiisshh tak tahu la apsal. tensen dan pening jugak bila fikirkan sindrom saya yang satu ni. haishhh semak semak.

tapi tapi tapi, sebelum balik rumah semalam, saya sempat singgah ke sekolah menengah kat area yang sama sebab abang ipar ni pegang 2 tender kantin sekolah sekali gus, sekolah menengah dan sekolah rendah. rezeki murah ai tell yu! oke bukan tu saya nak cerita sebenarnya, maaf ya mak nenek ni cepat benau lupa diri. ehem.


kalau la semua pak guard kacak macam ni, mesti Malaysia banyak melahirkan pelajar cemerlang, sebab semua murid bangkit awal tak nak miss pegi sekolah =..=


masa masuk je kawasan sekolah menengah tu, macam biasalah saya tercari-cari pak guardnye. da macam sebijik orang gila meroyan dok terkebil-kebil kiri kanan sambil garu kelapa kepala. tapi tak jumpa takkan saya nak pegi hentak meja pengetua pulak kan tanya mana pak guard sekolah ni hahh? tak perlu kot. tapi mungkin memang jodoh *panGg, hentak kepala* masa dalam kereta nak keluar dari sekolah tu, saya ternampak jugak pak guard tengah pegang getah paip sambil siram sebijik kereta. erkk, macam pelik gile kat situ. kau bayangkan nampak orang siram kereta kat kawasan sekolah sambil tersengih-sengih? ini betol punya meroyan ni. akehkehkeh. 
saya syak pakcik ni gila. tapi abang ipar cakap, pakcik ni memang suka siram kereta orang di tengah-tengah panas. apekeh?? tujuannya, nak ajar orang yang tak reti bahasa parking kereta kat tempat bukan sepatutnya. kau faham? bila dengar tu, saya pulak yang tersengih-sengih. ntah kenapa tiba-tiba rasa macam pakcik ni comel pulak. haa sudah.



oke da bai

~wassalam~

p/s : menyirap aje entry ni hanya cerita pasal pak guard sekolah?? waterpark betoll!

Pengguna Hotlink? Klik SINI sekali



Saturday, September 10, 2011

.susahnya jaga budak kecik iye.

Dicatat oleh m i a di 6:35 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

2 hari tak update blog sebab away menolong abang ipar kerja kat kantin. baru saya tahu, budak-budak sekolah rendah ni banyak makan rupenye kehkehkeh. mane taknya, masak kemain banyak nasi goreng, mee goreng, nasi lemak, nasi berlauk, ayam goreng, kentang goreng, karipap sardin, karipap kentang, donat cekelat, kuih burger semua licinnn tak tinggal kat orang belakang pongg. cis!

takpelah, budak nak membesar, kita patut beri sokongan oyea. eh lupa, pencuci mulut pulak, ada eskrim malaysia yang harga 2 posen tu. dulu murah seposen je, sekarang gula, air semua nak kena bayar mahal kan. saya cepat-cepat sebat eskrim tu seketul sebab da lama gile tak makan. bila makan sambil kopek ikan bilis, yaa ampunn.. nikmat engko!

yang comelnye budak-budak ni, semua dia bantai panggil 'mak cik'. waterpark betol! ai punya la tercongok kat depan kaunter dengan syria warna pelangi, diorang bole panggil 'mak cik, nak karipap seinggit'. weh, kau ingat makcik nak pakai syria kaler pelangi ke dik ui. haiisshhh tak la, saya jokes je. jangan marah oke.

KLIK SEKALI

hari kedua, saya macam da master sikit bab-bab dapur, da pandai goreng ayam berempah 2, 3 puluh ketol sekali gus, da pandai ketil karipap guna garfu jugak *sengih* korang penah jumpa makcik buat karipap guna garfu??tak dapat nakk, mane nak cari weh, kat melaka je ade hokey, meh makcik ajar meh..ekhekeh.

dan yang paling best, bila duduk kat depan kaunter sambil menghayati irama bunyi panggilan budak-budak ni tau. diorang panggil 'makcik' tapi yang dengar bunyik 'cik' aje. bila da banyak bunyik, sebijik jadi macam anak burung baru nak dapat makanan pulak cik cik cik cik cik cik cik cik cik. akahakhakha. seyesly memang AWEsome gile bunyik tu. comel gile ai tell yu taww!

esok sabtu, lusa ahad. bole la rehat sebab senin sampai rabu mungkin akan tolong lagi kat sana, dapatlah duit poket nak sara anak-anak tekak ye tak. ehem. tapi yang tak bestnye, jaga kantin ni, hari-hari saya cukup makan minum. ada je makanan sana-sini. cis!

oke da bai

~wassalam~

oh HTC ChaCha!!



Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday 6 : 4 in 1

Dicatat oleh m i a di 1:24 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..





hamek kau!

~wassalam~

Join ChurpChurp kat SINI

Tuesday, September 6, 2011

Tahniah dapat masuk 'U'

Dicatat oleh m i a di 10:48 PM 5 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

raya tahun ni, saya macam tak sedar diri pulak. pagi raya saje je buat muka tak malu paw duit raya kat ibu ayah hoho. takdelah, alhamdulillah. happy sangat sebab dapat kasi adik-adik duit raya tahun ni. kan sempat kerja part time aritu. ibu ayah pun dapat jugak tapi takdela ribu riban, muhahaha. ehem, mak nenek ni still dapat duit raya even da tua bangka hokey. ehem ehem.

oh yea, ada sape-sape yang dapat tawaran sambung belajar ke? oh yeaahh!!




semalam da mula minggu orientasi kan? huwa tengok berita tadi kemain lagi muka-muka baru masuk universiti berseri-seri engko. hehehe. TAHNIAH ye kepada adik-adik yang berjaya menempatkan diri di IPTA atau IPTS. trust me, zaman belajar adalah zaman yang paling meriah, super duper AWEsome hokey. hargai masa belajar, guna peluang dapat belajar tu betol-betol. enjoy dengan kawan-kawan bule, tapi jangan sampai lupa daratan ye. ehem




well, bila belajar ni, kita bebas. al-maklum, jauh dari keluarga kan. makanya, semuanya bergantung pada diri sendiri. pertama sekali, kita mesti, yaaa MESTI bijak pilih kawan. janganlah pulak terlalu berhati-hati sampai orang tegur, kau tenung dia sambil besarkan bijik mata sebesar-besar alam, terkejang pulak anak orang tu, kehkehkeh. hagak-hagak la ye.




psstt..da mula cari calon suami ke? hamboi hamboiii..jaga diri ya semua.

oke da bai,

~wassalam~

KLIK sekali

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan