˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: November 2010


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Tuesday, November 30, 2010

Berangan lagi..

Dicatat oleh m i a di 7:57 PM 14 ulasan
Assalamualaikum..


huwaa..ramai suke ek entry sebelum ni..akehkehekhe....saya pon suke jugak..yang paling suka part toilet tu la..kikihhkihhh...

ok, tamat di situ..

kepada yang singgah blog kemek ni..thanks alot oke..

maaf if tak dapat singgah blog korang semua..

banyak jugak yang da update blog ek..semua entry-entry baru je saya tengok kat sidebar...aigoooo..seyes tak sempat nak jenguk..

jumaat ni last paper...so, doakan saya oke..

tak tahu nape, saya study, seme macam tak lekat la...


grrr..blur gile la..ape obat ek??
kan senang kalau takde exam..
korang setuju??
huhuh...

kahkahakhkahkahka...

bongok gile rumus macam ni...

ahhhhhhh (bukan bunyik lucah..grr)

daa..takde..takde..kene gak study mia uiii..

nanti ptptn sape nak bayaq??

oh yeah...esok safwan da start praktikum..

kat syarikat Nexus dekat subang jaya..


Good Luck dear..


untuk korang yang mula kerja part time, mula praktikal..
atau nak mula semester baru tak lame lagi..

semoga berjaya gak oke..hehehe

oke da..tata uols..


~wassalam~

Makhluk Aneh ciptaan Tuhan..

Dicatat oleh m i a di 3:35 PM 11 ulasan
Assalamualaikum..


macamane ye dunia kalau tuhan ciptakan lelaki same je macam wanita??

confirm haru biru, kan??kahakhakhkaa..yela, wanita kan jenis yang kuat menangis...da kalau same je lelaki wanita, bila tengok makwe menangis, da pakwe pon nak menangis jugak..meh pakat menangis berjemaah...akhkehkee..

hebatnya tuhan ciptakan lelaki tak same dengan wanita, so kite bole saling melengkapi..tapi, sebelum nak jumpe titik untuk lengkap-melengkapi tu, meh selidik ape perbezaan lelaki dan wanita yang bole buat dunia ni indah belaka..

seyesly tak sabar-sabar nak share korang info ni...kahkahka..lawak pon ade..but saya serahkan pada korang nak decide betol ke tak..oke??
oh sebelum tu, nama dan tempat tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia oke..akehekheke



1. nama

jika Lisa, Fasha, Maria Ogawa dan Falimah Jonggang keluar makan, mereka tetap guna panggilan Lisa, Fasha, Maria Ogawa dan Falimah antara sesame mereka..

jika Farid Kumul, Jason Maraz, Asrap Sinclair dan Dr Romzay keluar makan, mereka akan memanggil boroi, bro, mangkok, dan panau antara sesame mereka.



2. makan di luar 

apabila dapat bil, Lisa, Fasha, maria ogawa dan falimah jonggang akan mengeluarkan  duit cukup-cukup dengan jumlah total bil.

apabila dapat bil, farid kumul, jason maraz, asrap dan romzay akan keluarkan rm10 seorang walaupun jumlah total bil ialah RM40. 85. takde sape antara mereka yang nak keluarkan 85sen tu.



3. duit

lelaki akan bayar berapa sekalipun harga sesuatu barang yang bole buat dia gile meroyan kalau tak dapat. even mahal, lelaki lebih pentingkan kualiti daripada harga.

wanita pon sanggup jugak keluarkan duit yang banyak untuk berbelanja something yang menjadi idaman hati. tapi, mereka akan bayar lebih dan bukan pada benda yang diinginkan pon. biasanya berlaku bila ada sale. YES!!!



4. bilik air

lelaki biasenye mempunyai 5 barang je dalam bilik air mereka..contohnya, berus gigi, obat gigi, pencukur, krim pencukur dan sabun.

wanita pulak secara puratanya mempunyai hampir 328 barang dalam bilik air mereka. secara puratanya jugak, lelaki hampir tak tahu ape benda tu dan kegunaanya.



5. pertengkaran

wanita selalu ada je kata-kata akhir selepas bertengkar dengan pakwe. ala-ala macam kesimpulan kepada pergaduhan tu la kot..

lelaki pulak selalu menambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang peliknya, kata-kata tu membawa kepada topik pertengkaran yang baru!!!!!



6. mase depan

wanita memang risau gile mase depan die sehinggalah mereka mendapat sorang suami.

lelaki pulak tak pernah risau mase depan dia sehinggalah dia dapat seorang isteri..



7. kejayaan

lelaki yang berjaya bole buat duit dengan jayanya untuk kasi kat bini.

wanita dikatakan berjaya bila berjaya dapatkan lelaki seperti di atas!!! 



 8. perkahwinan

seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan berharap lelaki tu bole berubah, but malangnya, si dia tidak akan berubah

lelaki pulak berkahwin dengan wanita dan berharap wanita tu tak berubah but malangnyeeee...si dia akan berubah.



9. bergaya

wanita akan selalu bergaya...pegi shopping, pegi kerja..nak buang sampah kat luar, nak siram pokok, sidai baju, malah nak tido pon penuh bergaya.

lelaki pulak hanya akan bergaya ketika majlis perkahwinannya dan ketika majlis pengkebumian!



10. sifat semulajadi

seorang lelaki bila bangun pagi, rupa mereka semua sama je bila pegi opis, pegi kenduri, waktu petang dan juga sebelum tido. 

wanita pulak, cantik rupenye bila keluar dari rumah, pegi kerja, pegi kenduri lagi jangan cakaplah.tapi bila bangun dari tidur..makk aii...hhohoho..




akahakhaka..macam-macam hal laah ek..

pendapat ni secara random je oke..dun take it seriusly my dear..

yang betul, sila tepuk tangan, yang salah, sila tepuk dahi oke..

alalalalala...

tata uols..

~wassalam~

PERHATIAN : Budak Hilang sudah dijumpai

Dicatat oleh m i a di 9:08 AM 20 ulasan
Assalamualaikum..


selamat pagi semua..

masih ingat dalam entri ini kes budak hilang?

alhamdulillah..syukur tersangat-sangat...

adik Afif Safuan telah dijumpai di Hospital Um..

thanks sangat pada semua rakan blogger yang buat sebaran..

thanks jugak pada semua yang mendoakan keselamatan adik ni..

saya rase happy gile...akhahakhka..rase macam power ranger pulak selamatkan budak hilang..hahaha

kalau saya power ranger..saya nak pilih warna merah...kahkahaka..sebab tu ketua kan?

saya nak jadi ketua..tak kira la badan ketul-ketul ke hape ke..nak jugakk...

haa sudah..ape aku merapu ni pagi-pagi..hahahaa..

oh ye..undian da tamat ye kawan-kawan..

hehhee...tahniah pada 5 blogger yang dapat undian tertinggi..

kat sini jugak, saya nak ucapkan..beribu-ribu terima kasih pada rakan-rakan blogger yang mengundi saya..hehee..terharu sangat..tqvm!

even tak berjaya..haiishh..saya tahu tempat saya..blog ni masih baby lagi..da tercalon tu pon memang syukur tersangat-sangat..

Jutaan TERIMA KASIH pada yang mengundi blog MIA SUKA BERANGAN

hhehehe..

happynye saya harini..

jaga diri semua..

ok da..mase untuk diri sendiri..

tata uols..

~wassalam~

PERHATIAN : Budak Hilang

Dicatat oleh m i a di 8:00 AM 21 ulasan
Assalamualaikum..


bw, then terjumpa memo ni..

mintak bantuan dari semua blogger ye..


SESIAPA YANG ADA TERJUMPA KANAK-KANAK ( GAMBAR DI ATAS ). TOLONG LAPORKAN KAT BALAI POLIS. ATAU INFORMKAN KAT AFIF. NI ADIK SEPUPU DIA. HILANG PETANG SEMALAM. KAT AREA GOMBAK/PPR , GOMBAK SETIA. KANAK- KANAK NI BERNAMA AFIF SAFUAN DAN BERUMUR 10 TAHUN

kesian sangat..korang tolong sebarkan ek...

kalau ade maklumat, sila tinggalkan komen pada Miss Yanae oke..

sharing is caring..

thanks uols..

kepada yang belum mengundi..klik sini ye..


jangan lupe Mia Suka Berangan dalam

Blog Personal Wanita Pilihan

tata uols..

~wassalam~

Monday, November 29, 2010

Tag dari Kembatolo

Dicatat oleh m i a di 9:46 PM 12 ulasan
Assalamualaikum..


even da penah buat tag ni, buat saje nak post balik..thanks to en kembatolo and lina lokman..entry original klik sini oke

hehehee..oke baeklah..mari mulakan..cekkidaud..



1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

kasih sayang


2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?

Burger Daging rm2..akahkhak


3. Di manakah tempat korang akan melangsungkan perkahwinan dan apakah temanya nanti?

Alai, Melaka..tema tak sure pulak..pink hitam cool tak?akekkhekhe..


4. Adakah korang sedang hangat bercinta?

hahahaa..korang rasa??ehem..ehem..


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

dia yang terakhir..insyaALLAH..


6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?

erk..Tanjong Malim dan Shah Alam..kot..hahaha


7. Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?

komik lagi..Cari Kerja 1 dan 2 by Yoshino Aki (Gempak Starz Collections) 


8. Apakah nama penuh korang?

Nor Jamiah Binti Adnan


9. Antara mak dan ayah, mane korang lebih mesra?

dua-dua kot..hehe..seyesly saya manja dengan dua-dua..ahahhaa


10. Namakan orang yang korang betuk-betul nak jumpa sangat-sangat..

 Rasulullah SAW...selain tu, anak buah saya la..grr...Iman Nur Aisyyah Mohd Haffiz..


11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

kat kolej basuh tangan, kat umah, guna mesin..


12. Dimanakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?

Mekah..nak bawak ibu ayah..dengan suami..


13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

nak dua-dua..nak peluk then cium..bole?kehehekhkee..


14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag?

- belajar di al-Azhar, mesir
- Handsome..buwekkk...still single..akhekehke
- lahir pada 27 Mac, tahun rahsia...aigoo

- belajar di UiTM Shah Alam
- Cantek Orangnya..auww..sudah berpunya oke..haipp
- lahir pada 25 April, tahun dirahsiakan jugak..grrrrr


15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup
  • handphone
  • lappy 
  • Ichi..hoho
  • koleksi komik
  • diari MIA

16. Lima lagu yang paling suka dan selalu dengar
  • Lagu Maher Zain..awesome!
  • Inie miney..sebab ringtones mesej
  • menatap matamu..sebab ringtones call
  • Song by Girl Generation
  • Lagu-lagu raya..bole?hahaha

17. Bila tarikh lahir dan kat mane korang sambut tahun lepas

20 Mac 1987, tahun lepas sambut kat KFC tanjong malim..suprise party dari safwan arif sebagai master mind dan roomate sebagai pembantu..terharu gile..


18. Lima rakan blogger yang korang nak tag :

hehee...kepada yang ditag, sila jawab ye..hehehe..
ehem..korang tak buat, saya tuntut hadiah b'day, bole?lalalallaa


tata uols..


~wassalam~

Cara pasang 'Scroll to top' Button

Dicatat oleh m i a di 1:17 PM 14 ulasan
Assalamualaikum..

 
selamat petang uols...

makan ape harini..saya nak balik tanjong malim da ni..hahaha...jumaat exam..lepas tu merdeka, cuti 2 bulan...muhahhaa..MIAhahhaa...


oke baeklah..nak share dengan korang camne nak letak 'scroll to top' button kat tepi tu...seyesly, bila ade benda ni, jadi mudah sangat oke..mane-mane blog yang panjanggggggggg gile tu, silalah letakkan widget ni..lebih mesra pengguna kot..

ala lagipun, senang gile cara nak pasang..sama macam nak pasang widget laen kat blog uols..

ready? 

http://matcuoi.com


1. pegi kat Design > Add a gadget 

2. pilih HTML / Javascript

3. Copy (ctrl + C) code kat bawah ni, then paste (ctrl + v) kat kotak html/javascript tadi..

<script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js" type="text/javascript"></script> <script src="http://dl.dropbox.com/u/1960768/black.js" type"text/javascript"></script>

4. klik save

5. klik save kat bahagian atas, then view blog..button 'TOP' ade kat belah kanan...hehehe



http://matcuoi.com


selamat mencuba uolss..

oh ya...kotak html/javascript tu tak kesah korang letak mane, sebab dia invisible..erk 'dia'..ahh lantaklah..korang faham kan..grrrr...

jaga diri oke..

~wassalam~


pst : tutorial ni untuk yang tak tahu oke..pada yang da tahu dan pakar..diam..diam
kredit to eppy
da buat?komen sini meh..

Izinkan abang bernikah, sayang..

Dicatat oleh m i a di 10:59 AM 6 ulasan
Assalamualaikum..

morning uols...pagi-pagi lagi saya da buat something yang bole merosakkan udara..aiigoooo mia ni...

but takpe..tu memang rutin manusia, kalau tak buat, hari jadi tak sempurna, perut perit, tak selesa, sekali buat, indah dunia..hkhakahkahkaaa...

jadi poem la pulak ek..lantak laa..

nak share dengan korang ni..memang agak panjang, but tak sia-sia korang baca tau..seyes tak tipu..

 
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," 

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
 
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.

Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.

Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," 

sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," 

Masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.

Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," 

Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" 

Pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," 

terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," 

masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" 

terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," 

Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

..............

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.

Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.  Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang..

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya.



comel kan....kan...(baek korang cakap 'kan' sekarang..paksa ni oke!)

so, jom kawen jom..

akahkhakhakaa..

ehem..

sekian..

~wassalam~

pst : kredit untuk nusha..

Sweet Dream..

Dicatat oleh m i a di 1:57 AM 16 ulasan
Assalamualaikum..


sebelum tido, nak share dengan korang something..

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba..

Jangan sesekali menyerah kalah jika kamu masih merasa sanggup..

Jangan sesekali menyatakan kamu benci jika kamu masih tidak dapat melupakannya..
mimpi indah semua..

love uols..


~wassalam~


pst : cuci kaki sebelum tido, tepuk bantal sebelum lelap..

Sunday, November 28, 2010

Virus a.k.a kuman

Dicatat oleh m i a di 6:16 PM 15 ulasan
Assalamualaikum..

singgah kejap ek..hahaha..release tension lepas nak termuntah menaip kat word..

weh korang...nak tanye ni tau..

ape penjodoh bilangan bagi kuman atau virus..
sape tak tahu ape tu penjodoh bilangan, sila angkat jari telunjuk dua-dua tangan...then masukkan dalam hidung pastu try bernafas sampai muka jadi biru..kekhekhek...

haa sudah..kang jadi laen pulak cerita..hehe..contoh penjodoh bilangan ni macam :

sebuah rumah

sebentuk cincin

sekawan kerbau

so ade sape-sape tahu penjodoh bilangan untuk kuman or virus ape?

grrrr..

saje je merapu merepek kat sini..

hehehe..ekcely nak kacau korang sebenarnye..

larikkkkkkk...

~wassalam~

Rapunzel : A Tangled Tale 2010

Dicatat oleh m i a di 9:05 AM 12 ulasan
Assalamualaikum..


morning korang..huwa..semalam memang letih gile..tengahari pegi kenduri kawen, petang tibe-tibe ibu ajak tengok rapunzel, malam pegi kenduri sedara bertunang..so balik..baca komik selai dua, terlelap gitu jee..grrrr

thanks ek pada yang singgah blog kemek ni..lepas ni saya bw singgah blog korang oke..

oke baeklah..semalam pegi tengok muvie Rapunzel..huwaaa..seyesly ni, macamane nak cakap ek..

muvie ni memang terbaek laahh...ibu ketawa sampai menangis, bila part sedih yang Flynn nak mati tu, ibu menangis kaw-kaw punye..so korang bole bayang betapa bestnye muvie ni sampai ibu saya yang berhati kering tu pon bole menangis?grrrrr..

oke..setuju gile-gile dengan biussaraf bile katanya, part yang paling lawak gile babi (haa..kan da mencarut..grr) ialah part dua ekor menatang ni...

maximus
pascal  


efek muka dorang memang tak bole belah wehh..kahkahakhak..lawak gile la..seyesly korang kene tengok oke..

hehehee..pada sape yang baru lepas final exam, sila lah tengok muvie ni..bole kasi hilang stress korang..

nanti if korang da tengok, share tau kat sini..hehee

ibu saya cakap, muvie ni paling best dalam dunia..eh silap..takde emosi bila macamni...oke meh saya ulang balik yeee.

muvie ni paling best dalam dunia!
-zaharah abdullah, pengulas filem.tak.diiktiraf-
akehkhekheke..amacam? eh, ade benda lagi nak cerita ni..mula-mula masuk, memang da gelap da panggung, sebab lewat sikit melayan ijat nak pegi toilet..pastu, cari sit then duduk..ijat jangan cakap la gaya duduk macam kat umah..grrr

tibe-tibe ibu tutup hidung, saya tanya kenapa..ibu cakap ada bau kaki...

errkkk..bau kaki tu macamane?ibu ketok kepala saya..apekahh??

 then ibu cakap, amek kaki kau, then cium...kakhakhakhaka...

kesian kat ibu, kami pon pindah la tempat sebab banyak gak kosong..

tapi adik saya ijat tak moh bergerak..yela, da duduk macam kat umah kan..selesa agaknya..so, dia duduk la sorang kat situ..

tapi saya syak, ijat nak ukur kemampuan diri dia, konon-konon nak rase macam tengok wayang alone kan..akhekhkeke..kot la esok-esok bole bawak awek..grrrr

oh ya..kamu jumpe haziq dalam cite tom tom bak tu oke..(muka bangga)

hohoho..

tu je..

tata korang..

nak bw..

then mandi..

then siap pegi kenduri kawen lagi

hehehee

oh ye..da mengundi hari ni? kalau belum, klik sini ye..

Undian Peringkat Pertama



~wassalam~


pst : jeles gile tengok orang kawen merata-rata..korang, jom kawen??
 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan