˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: November 2011


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Wednesday, November 30, 2011

saya OKEY!

Dicatat oleh m i a di 12:03 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

semalam kepala pening, hati pak pung pak pung da macam bunyi 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati' oke. tak tahu ape yang saya merepek tapi seriusly rasa gugup mula berleluasa sewenang-wenangnya oke.

masa pertandingan nasyid peringkat negeri hari tu, memang saya diberitahu yang peringkat kebangsaan akan diadakan pada Disember ni. so macam bule huhahh huhaah lagi la sekarang ni kan ehem. itu yang bersemangat waja pergi berjimba-jimba dengan sedara mara dan buat makan-makan. tukang masaknya, siapa lagi kalau bukan mak nenek ini ehem ehem dalam bracket. ada satay, otak-otak, ayam dan ikan bakar. oyeaaass, semuanya bakar sendiri secara beramai-ramai bhahahah. memang AWEsome gila lepas tu tersandar kekenyangan dan tak sedar diri yang pinggan mangkuk berlambak nak kene cuci, rasakan!!

KLIK sekali je

dan pak sedara dari Pulau Pinang pon ada join jugak. almaklum, cuti sekolah kan masa nak bersuka ria dengan family. tengah seronok makan tak hengat dunia, pak sedara tu tegur pasal nasyid kebangsaan. saya pelik macamane pak sedara ni bule tahu. beliau bagitahu yang pertandingan tu akan dibuat pada Sabtu INI, ya lagi 3, 4 hari ni YEEE!! *kilat sabung menyambung, guruh berdentum!* ehem efek tambahan -..-

but sekarang alhamdulillah, hati rasa bole bersenang lenang sikit sebab da call pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang and da diberitahu peringkat kebangsaan jatuh pada 22 Disember 2011 ini. tu pun kalau takde tangguh-tangguh lagi, grrr.


suka heart besar besar tu bhahaha!

ehem, untuk riangkan hati yang gundah gulana ni, mari kita layan Dream High oyea. oke da bai,

~wassalam~

Saturday, November 26, 2011

Jom share cerita tentang azam tahun baru, nak??

Dicatat oleh m i a di 11:18 AM 4 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

Salam Hijrah 1433 ya. sekejap je da masuk tahun baru. tak lama lagi 2012 pulak nak tiba. valid lagi ke azam tahun baru yang lepas ea? azam saya untuk tamat pengajian kira berjaya la jugak kan, even tak capai pointer yang diharapkan. lepas ni nak cari azam baru pulak, da masuk tahun baru kan sekarang ni hehe.

..SALAM MAAL HIJRAH 1433 SEMUA..

teringat masa zaman kecit-kecit dulu, tiap kali masuk tahun baru, mesti semua pasang niat. catat kat diari *konon!!* tulis kat satu kertas, lepas tu sumbat dalam botol baling kat laut, kira nak baget macam dalam cerita korea la konon muhahaha. kot-kot la ada mamat hensem terjumpa botol tu, lepas tu ceita selanjutnya, korang sambung sendiri ek kahkahkah. untung kalau hero taff yang jumpa, kalau mat bangla ke muka pecah rumah yang jumpa, jodohla tu kot. ehem.




saya rasa makin dewasa ni, makin banyak benda yang saya kejar. sampai tak sempat nak fikir apa yang tengah di cari sekarang ni. banyak benda yang saya nak buat, banyak benda yang saya nak cuba. mungkin sebab sekarang ni pegang jawatan penganggur terhormat, makanya banyak masa terluang nak diisi aha!

apa azam tahun baru korang kali ni. saya pasang niat tahun 2012/ 1433 Hijrah ni, saya akan bekerja, jalankan tugas sebaik mungkin. gaji pertama saya sebagai guru nanti, saya berniat nak bawak keluarga pergi bercuti huwaa gitteww. lepas tu nak kumpul duit. 
ibu ada ajar saya cara kumpul duit yang memang AWEsome gile. bukak akaun bank banyak-banyak, dan setiap akaun ada tugas dia. contoh, Maybank untuk duit kawen, Bank Islam untuk kegunaan hari raya, Bank RHB simpan duit untuk pergi bercuti bla bla bla. tapi tapi tapi sendiri mau ingatla pasal akaun-akaun tu. jangan lupa daratan bila dapat gaji oh nafsu nafsu. ciss.



OYEAA!!!

jom share cerita pasal azam tahun baru korang nak tak? buat entry pasal azam korang yang dolu-dolu, dan azam untuk kali ni. ada yang pasang azam nak jadi bini Tan Sri ke? mak nenek ni penah ehem ehem. tapi tu zaman belasan tahun yang lepas oke. sekarang ai da matang muahaHAHAhahaha * muntah hijau!*

oke da bai,

~wassalam~

Friday, November 25, 2011

Weekend yang AWEsome!!

Dicatat oleh m i a di 2:31 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

sabtu lepas, saya dan Puteri Imtiyaz dipanggil untuk buat persembahan sempena majlis Tilawah Al-Quran di Dewan MBMB, Melaka. seronok sangat ada rasa macam nak baget bagai artis jemputan gittew tapi takde maknenye, ehem.

persembahan jam 2 petang macam tu, tapi make up semua awal sikitlah, lepas solat Zohor da kena siap-siap. kali ni, saya try guna eyeshadow pink, light purple and dark purple sikit huwaa huwaa. saya ni pulak kadang-kadang solekkan orang sampai lupa daratan engko, lupa yang diri sendiri masih dalam keadaan tak semenggah gile, muhaha. lepas tu berposak-posak la langgar pintu tingkap bagai. but alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, naseb kat pentas semua pakat tak nak pakai kasut, sebab mungkin takot mak nenek ni tersungkur letteww, grrr.



Puteri Imtiyaz tak cukup korum.



Lagu pertama, ce teka mane satu mak nenek, muhaha



Lagu kedua..



Dhamirah yang comel :)

pengsan betol tengok gambar gedabak bukan maen lagi. sabar je la ea. alhamdulillah, rezeki murah, tiap kali dipanggil untuk buat persembahan, tiap kali tu jugak ada la sikit wang saku yang saya dapat. bole la buat beli cendol barang semangkuk dua kan ehhe.

oke nah lagi gambar besar gedabak untuk tatapan ehem.



baget tengah photoshoot dalam kereta kebal grrr.

jaga diri semua, oke da bai.

~wassalam~

Monday, November 21, 2011

Jom mengundi untuk NAPBAS 2011!

Dicatat oleh m i a di 1:55 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

huwa-huwaa, sebelum saya buat entri pasal NAPBAS 2011 ni, memang ramai yang da tahu pasal event ni kan. sekarang ni pun bole start mengundi da okey. saya notice sekarang beberapa blogger da mula berkempen untuk dapatkan undian. eh, korang da vote ke blogger yang berkenan di hati tu? hehe, undian anda adalah rahsia, bole?

dalam pada sibuk-sibuk pihak Nuffnang nak handle pasal NAPBAS ni, sempat jugak bagi BE kat blog Mia Suka Berangan ni ye muhaha, thanks Nuffnang.


kalau nampak iklan Toyota Corolla Altis tergedik-gedik kat bawah entry ni, sudi-sudikanla untuk klik ya, barang sekali dua ehem. ape pon, Good Luck untuk semua blogger yang tercalon dalam NAPBAS 2011 ni oke. korang yang jadi pengundi tegar pon bole join event red carpet nanti tau. so undilah sekarang wokeyy!!

oke da bai,

~wassalam~

Thursday, November 17, 2011

Rezeki pertama make up pengantin, muhaha.

Dicatat oleh m i a di 11:32 AM 9 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

hari tu ke Kuala Kangsar untuk make up pengantin nikah dan ini adalah pengalaman pertama saya make up pengantin wooo. mula-mula macam ada rasa kurang yakin tersangat-sangat, but bila tengok hasilnya, ehem ehem boleh la. yang paling penting, pengantin puas hati oyea lega sangat.

pertama kali terima bayaran rasa macam waa hidung kembang kempis giteww. syukur sangat sebab saya pun baru je nak belajar. tak penah lagi post ape-ape tutorial make up ni, tak pasal-pasal dapat job make up nikah eh eh kaw biaq btol mak nenek oiii.

muhaha, dan semalam da TERbelanja duit tu sikit sebab TERsinggah Elianto kat Dataran Pahlawan Melaka dan TERbeli beberapa item yang memang TERsangatla AWEsome. bole?


harta sepencarian

Elianto Face Brush RM16.00
Elianto Cream Concealer Natural Beige (02) RM22.00
Sheer Loose Powder WaterProof Soft Beige (02) by Elianto RM14.40 (less 20%)

sedih sebab beli time takde sale, pastu brush tu macam kasar sikit. saya beli pun sebab dia besar and gemok je muhaha. ibu suruh amek satu lagi, yang gemok dan pendek tu harga RM20, tapi macam yang ni lagi besar kot. lastly, dalam kete da meroyan ala nyesalnyeee, ciss ciss.

tapi concealer tu memang tip top hokey. tunggu review ya.

oke da bai,

~wassalam~

Wednesday, November 16, 2011

Hati-hati dengan jenayah makeluk dari Facebook, safety FIRST!

Dicatat oleh m i a di 6:15 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

huwa persengketaan line Internet dengan ahli keluarga saya da kembali jernih 2,3 hari ni. bukak Youtube tengok Bleach and Dragon Ball berdesup aje dia jalan oyea. dan saya harap hubungan baik ini akan berkekalan hingga ke akhirnya, amin amin.

ape kaw merepek mak nenek oii!! oke sudah. sekarang ni semua macam berlumba-lumba kat dalam Facebook ea. makcik pokcik pon nak jugak ada Facebook which is good sebab bole dekatkan saudara dan kawan-kawan lama yang da berpuluh tahun tak jumpa kan. acely, Facebook ni memang media sosial paling terbaik zaman ini, selain blog. kalau kita guna untuk buat benda baik tak merapu-rapu, hasilnya positif la kan, dan sebaliknya.




cuma yang tak bestnya, sekarang ni da muncul malaun-malaun kepala toncet pegi buat account ntah hape-hape. lepas tu, upload picture ntah sape-sape bagi tujuan untuk memalukan. apekah? saya ada jumpa beberapa account yang memang seriusly MENGARUT gile. admin pegi upload picture anak-anak gadis, lepastu publish kasi semua tengok dan komen. nak lagi hangat, komen pulak datang dari makeluk-makeluk halus yang belom cukup umo, so ayat yang keluar memang macam sakai gile la kan.

kalau picture tu memang macam 'sengaja minta lempang' takpela, nak buat macamane, da kau upload picture yang bukan-bukan sape suruh. masalahnya, picture yang bagi saya, takde kena mengena langsung dengan isu yang admin bawak tu, pon di'upload' jugak dalam page yang sama. kau da kenapa bang? terencat?

fine, mesti ada bunyi-bunyi yang cakap, sape suruh dia upload picture gedik-gedik santai mulut muncung macam itik, tangan ke bahu mata ke atas sambil kaki angkat sebelah. kalau tak nak orang tengok, jangan upload je senang kan. eh betol jugak. sangat betol. tapi si admin bongok kepala toncet ni, orang amek gambar dengan kakak dan adik sedara time hari raya bersalam-salaman, die kasi edit sana sini kasi nampak macam PELIK sikit, lepas tu publish. hapekebendanye hituuuiii!

 ini bengap namanya. fikir dulu sebelum bertindak my dear.

sangat tak bertamadun. saya rasa macam facebook da tak selamat sekarang ni. mungkin founder FB ni juga sedar tentang masalah ni, so sebab tu Facebook da di'upgrade' ke version yang lebih lengkap dengan privasi tools yang lebih hebat. makanya, kita sendiri perlu study sikit supaya picture tak terlepas ke tangan malaun-malaun kepala toncet itu. apa yang kita bole buat ialah :

1. godek sikit Privacy Setting yang Home Facebook. kat situ dia ada kasi info tentang cara nak private semua info dalam account so dat orang lain tak bole view atau copy sesuka hati.

2. 'customize' kan semua album dalam account. setup album supaya hanya user dalam friendlist aje yang bole view album. atau nak lagi save, klik button 'CUSTOM' dan pilih je orang tertentu atau terdekat korang aje.

3. hati-hati sebelum accept friend request. jangan main belasah je yang oii. tengok sikit siapa mutual friend atau sebarang info tentang user tu. tolong jangan baget hott okey konon eh eh manyaknyeww fren request ittewww sukew sukew sumew sayam itteww auuw. TAKDE MAKNENYE!

4. ini kesedaran sendiri la ye. sebelum upload picture tu, fikir la sekejap. tak lame, sekejap pon jadilah. fikir kot nanti ibu ayah tengok macamane reaksi diorang, bangga atau malu? fikir kalau cikgu-cikgu tengok, apa reaksi diorang. cuba fikir sekejap aje ya adik-adik. tak rugi pon kalau fikir, daripada kita dapat malu bila muka sendiri kena bahan, ye tak?




harap maafla ye, entry ni panjang sangatla pulak. terima kasih pada yang sudi baca sampai abes. dan kalau bole, buatlah macam 4 suggestion saya tu ya. Dunia tanpa sempadan ni, macam-macam bole jadi tau. jadi kena hati-hati dan jaga diri sendiri oraitt.


Tuesday, November 15, 2011

Review : PUTERI BINARI LULUR SCRUB SUSU BERAS

Dicatat oleh m i a di 10:50 PM 6 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

hari ini hari Selasa. oke cukup part mukadimah.

kalau ada rasa macam nak lempang sila tarik nafas dalam-dalam sebab saya pun macam ada rasa sikit lagi nak lempang diri sendiri lepas baca balik ayat mukadimah kat atas tu. tak tahu ape yang cuba dibuktikan dan lagi, sekarang ni pun saya tak pasti ape yang kaw merapu ni mak nenek oi oiiii!

oke tak kelakar.

da lama tak buat review produk ek. banyak kali cakap nak buat review tentang produk itu ini, but still takde hasil pun. sory sangat ya mungkin pertama, sebab masa yang mencemburui saya *dAaaa! tangan ke bahu, mata ke atas* kedua, sebab internet kat rumah buat hal pulak 3,4 hari ni. even banyak entry da taip awal-awal guna ms word, tetap tak bole post kat blog sebab internet cilakak kan, kan, kan. hoho.


sumber: ckbeauty.com.my

hari ni nak share tentang Lulur Scrub dari Puteri Binari. Puteri Binari ni antara produk yang bagus untuk penjagaan kulit tau. banyak juga review tentang produk ni and rasanya oke kot kalau korang nak cuba. acely lulur ni ada banyak jenis, antaranya :

        1. BINARI LULUR SCRUB BUAH
        2. BINARI LULUR SCRUB BUNGA CHRYSAN
        3. BINARI LULUR SCRUB SUSU BERAS
        4. BINARI LULUR SCRUB SUSU
        5. BINARI LULUR SCRUB CELLUWAY TRIPLE ACTION
        6. BINARI LULUR SCRUB JAMU

setakat ni, saya pernah cuba 2 jenis je. BINARI LULUR SCRUB BUAH dan sekarang ni pakai BINARI LULUR SCRUB SUSU BERAS. pada saya, benda ni memag tersangatla best gile oke. ada banyak sebab kenapa saya suka. but before berleter, meh tengok info sikit tentang scrub ni.

Kebaikan

Scrub badan jenis susu beras ni diadun dengan susu kambing+susu beras untuk memelihara kelembapan kulit dan menyegarkan kulit. scrub ni jugak bagus untuk mencerahkan kulit dan menjadikan kulit selembut sutera sebab susu kambing dan susu beras tu sendiri da memang baik untuk memutihkan dan melembutkan kulit.

Ingredients

banyak sangat. yang penting ada susu kambing dan susu beras. satu lagi yang saya nak highlight kat sini, scrub ni mengandungi Mineral Oil, which is tak berapa bagus untuk kulit sebab mineral oil ni besar kemungkinan bole menyebabkan kulit jadi kering. so elakkan guna scrub ni setiap hari la. atau macam saya, lepas guna lulur ni, saya akan apply losyen dan tu memang jadi rutin kot.

Pro

bau yang super duper wangi+harum! yeah memang bau scrub ni tersangat la harum. plus scrub ni memang ternyata bole cerahkan kawasan yang bernoda. seriusly, saya guna scrub ni setiap hari dan memang nampak perubahan pada kulit. dan lagi, kulit akan jadi lembut sangat dan still lembut sampai la malam hari. tak tipu oke. harga pulak memang berbaloi-baloi dan mampu milik. saya beli RM 12.00 dan biasa beli kat mydin. rasanya sane paling murah kot.

Kontra

NONE. cuma part yang mineral oil tu la. but still oke mungkin sebab da apply losyen.

Repurchase?

OHH YES YES YES!!

acely ada banyak kan jenis lulur badan kat pasaran. one of da best ialah Lulur Purbasari. banyak juga review tentang lulur ni. tapi tahu kenapa saya macam tak terpikat. mungkin sebab nama dia macam gerun-gerun gittew, boleh?? Purbasari, Puteri Binari, which one sounds better?

muhahaha, oke da bai

~wassalam~

Monday, November 14, 2011

Trip to Kelantan Darul Naim

Dicatat oleh m i a di 7:30 PM 4 ulasan
Assalamualaikum..

Hi semua.

Oke ini 2nd time saya ke Kelantan. Kali pertama dulu tahun 2007 sebab ada interview nak masuk UPSI kat Kubang Kerian. Pada saya, Kelantan memang heaven gile kalau nak shopping hokeyy. Kain ela, tudung, baju kelawaq semua bule dapat kat sane dengan harga murah ya amat. Barang make up pon buley tahan jugak oyea.

Banyak juga tempat yang sempat saya singgah. Antaranya, Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh dan Bazar Tok Guru. Yang paling tak ingat dunia bila sampai Wakaf Che Yeh, memang tersangatlah rambang mata. Wakaf ni sikit lebih kurang macam uptown jugak, cuma harga kat sini lebih murah BANYAK la hoho. Oh banyak jugak barang yang sempat saya rembat ye, seyesly lupa daratan uolss. Kebetulan, Raqib AF, adik BFF saya ada Jom Heboh kat sane, jadi sempatla jugak cuci mata jumpa retis-retis TV3 muhaha.

Korang tengok betapa mak neneknye ai..


nak jugak okey, sebelum naek kete api



si cantek jelita yang menemani saya naek kete api, thanks syggg!



Uncle and Umi, mereka sangat AWEsome hokey..


gelfren saya, ada sape-sape nak kenal? ehem ehem!



di Wakaf Che Yeh yang memang yea yea sungguh ye


Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad IV


aaa..PON BOLEYY!


Raqib Majid di booth myTV3, eh eh hi Aidit


gedik sakan mak nenek dan rakan-rakan oyea!


happening, lovely BFF, Nini and Dhamirah.


yang melaporkan, Mak Nenek. TQ.

Best kan, best kan muhaha. Pengalaman naek train pulak memang tak bule lupa la. Dari Tampin, Melaka jam 10.40 malam, tiba Pasir Mas jam 9.30 pagi. Hampir 12 jam dalam tu rasa dunia ini gelap gelita aje. naek kematu punggung oke, nak pegi tandas pulak takot kencing tersepah-sepah sebab train kan gedengang gedegung kiri kanan alalala. Sudahnya saya bantai membuta sampai la sejam sebelum tiba Pasir Mas. Tiba aje kat Pasir Mas, Uncle ( ayah kawan saya) dah dok melambai-lambai dari jauh, hoho. Sampai rumah sedara kawan ni, tak sempat nak sambung tido sebab hati berkobar-kobar nak jelajah Kelantan, and it was totally AWEsomeeeee gileee!!

Ha ni nak cerita pasal kisah selimut kat dalam train. Sebelum balik, uncle ada borak pasal kisah selimut ni, saya pun macam oh bunyinye agak happening ye. Tak sangka dapat jugak tengok depan mata, muhahaa. Makcik dan pakcik selimut ni pulak duduk betol-betol sebelah seat saya, so memang agak jelas dan nyata la aksi-aksi mereka itu cis cisss. Disebabkan kedua-dua keparat ini la saya tak dapat tido masa perjalanan balik sebab mata ni bersemangat & bertegas untuk menonton sampai tamat drama tersebut grrr. Makanya, tiba aje kat Tampin jam 6 pagi, kaki automatic berjalan ke surau untuk tidozz sampai la jam 9 pagi muhaha. Lepas tu bangun, muka sumpah tak semenggah gile grrr.

Oh lepas ni nak share cerita di Kuala Kangsar pulak, banyak yang indah-indah belaka uolss. Eh jom pegi bercuti mau? Singapura? Jakarta?? AWEsome oyea!

Oke da bai,

~wassalam~

Sunday, November 13, 2011

Brain Booster

Dicatat oleh m i a di 6:40 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

Hi semua.

Semalam baru balik dari Kuala Kangsar macam yang saya bagitahu dalam entri selimut ini. Sangat seronok dan rasa nak berjoget setempat bila tengok pengantin lelaki berjaya sebut lafaz akad sekali aje huwaaaa. Semoga pasangan pengantin ni bahagia dan murah rezeki ye amin amin.

Baeklah, beberapa minggu lepas, mak nenek ni banyak betol berjalan hingga tak sedar diri kan ehem. Makanya, banyak juga pengalaman dan pengajaran baru yang saya dapat. Yang paling saya ingat, pengalaman tido ternganga masa dalam train kahkahkahkahkah. memang terasa diri ini cute dan nampak comel sangat kan, kan alalala. Oke abaikan.




Ni nak share dengan uols buku yang bule buang masa korang sebelum tiba ke destinasi yang dituju. Tapi tapi tapi, pada sape-sape yang memang kurang darah, mudah pening, rasa nak muntah bila menghadap buku masa dalam bas or train, korang bole beli buku ni juga untuk isi masa lapang di kala kesepian hati kedinginan memerlukan teman di sisi untuk menghiburkan hari nan suram itu haa sudahh!



Ye, mari cari perkataan yang tersenyum tersembunyi. Buku Word Search ni kawan yang suggest kat saya. Mula-mula try tu rasa macam eh eh best la pulak kau ni rasa macam asaited nak cari word tersembunyi. Ada juga dalam Bahasa Melayu, tapi saya prefer English al maklum ai ni bengap sikit bahasa omputih ehem. Aceli, buku ni ada banyak jenis keluaran tapi yang saya beli ni dari Mind To Mind dan ada 8 siri semuanya.

Yoshhh, saya berazam kuat nak settle’kan’ semua 8 siri itu oyea. thank you Dhamirah sebab kau, meah kenal buku ini, hoho.

Ce korang try pulak ea.

Oke da bai,

~wassalam~

Wednesday, November 2, 2011

Cerita selimut di dalam train, ceh!

Dicatat oleh m i a di 9:28 PM 9 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

2 hari masih tak hilang penat 11 jam dalam train ke Kelantan muhaha. YES yes yes, pertama kali travel tanpa keluarga di sisi memang sedih but still happening gile dan AWEsome tak hengat! thank you, ibu ayah yang mendoakan keselamatan saya pegi dan balik. oh banyak betol nak cerita dan ada few tempat yang saya da mark untuk shopping kawen nanti, bole? agagagaa..

aishh, minggu depan nak ke Kuala Kangsar pulak untuk attend majlis pernikahan sahabat paling baek saya sepanjang di UPSI. dan kebetulan dia minta saya jadi mak andam pulak hehe. pertama kali make up untuk majlis nikah rasa gugup sangat. makanya, beberapa hari lepas asyik buat tutorial dan a few homework untuk cari make up yang sesuai dengan warna tema. huwaa gittew, da mula baget macam professional da sekarang. ceh takde maknenye, PROPAsional ajelah. grrr

Sape Tingkatan 5, KLIK sini

tak sabar nak share story sepanjang bercuti di Kelantan, seyesly seronok gileeerrr laa. yang paling best, masa naek train la. dapat tengok wayang free engko. muhaha, AMARAN ya, sediakan pop corn atau keropok durian kalau nampak kapel bawak selimut masa dalam train hokey t____t CHOIIII!!! bikin malu betoi. oke nanti saya cerita ya, muhahaha.


mak nenek merenung masa depan iye.

oke da bai,

~wassalam~

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan