˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: July 2011


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Friday, July 29, 2011

Esok KONVO..oyea

Dicatat oleh m i a di 10:00 PM 14 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua..

thanks kepada semua yang sudi singgah blog Mia Suka Berangan ni ye. even mak nenek ni tenggelam timbul aje nak update blog, but still saya happy sebab blog ni da macam tempat merapu merepek melepas segala gundah gulana jiwa. pffft!

alhamdulillah, esok hari yang saya tunggu-tunggu tiba jugak. baju da siap iron, jubah da elok tergantung sambil senyum sumbing kat tepi almari, beg da siap terletak kat tepi pintu tunggu nak angkut masuk kete je esok, dan malam ni, saya nak tempek bedak sejuk banyak-banyak kat muka dengan doa moga-moga esok abam jerawat jeragat dan segala mak nenek tak singgah kat muka ni puhh puhhhh!!

esok gigih nak kena bangkit awal sikit dalam jam 3, 4 pagi jugak then terus gerak ke bumi bertuah Tanjong Malim. oyeah. saya dari tadi dok cuba nak pakai jubah sampai si Iman terkebil-kebil pandang. agaknya dalam hati budak kecit ni pelik ape.yang.orang.tua.ni.cuba.buktikan.grrr.



korang tolong doakan moga-moga saya tak tersungkur kat atas pentas nanti oke. al maklum, sifat cemerkap saya da terlebih-lebih pulak sekarang ni lepas kes jatuh kat bilik kuliah, dan kat tengah orang ramai ni. cis ciss. kalau la terjatuh jugak, mungkin saya bole praktikkan tips tersungkur ni nanti. kehkehkeh.

harap-harap semuanya berjalan lancar dengan izin-NYA. saya berdoa dan terlalu bersyukur kalau Ibu Ayah dapat saksikan saya di atas pentas esok. oh berdebarnya. dalam hati ni still jugak berharap moga-moga pokcik dapat datang esok. hehe, gatai!

oke da. nanti lepas konvo, update cerita lain pulak wokeyy. siap sedia nak jumpa kawan-kawan, nak laga-laga pipi, feluk-feluk bagai,oh nyam nyam. daabedabeduuuu!

~wassalam~

Klik SINI dan doakan saya

p/s : seyesly harap Safwan dapat datang >_<

Thursday, July 28, 2011

Duit Raya oyea! cis puasa pun belum (+.+)

Dicatat oleh m i a di 4:00 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

halo semua..

hari ni letih settle urusan dengan pihak bank. kadang-kadang, saya rasa mereka ni, bukan nak membantu, tapi lebih kepada merumitkan keadaan, benda yang senang tiba-tiba jadi terlalu susah dan panjang ceritanya. mungkin prosedur tu memang da ditetapkan, tapi entahlah, saya tak rasa macam mereka membantu langsung..grrrr..emosi pulak hujung-hujung bulan ni ek..gRRrrr..

masih ingat entry Pukau depan masjid ni? alhamdulillah, entry ni dapat tempat kedua dalam contest anjuran Dr. Siti Hamidah. thanks ya Dr. untuk hadiah ni. syukur dapat duit raya, tapi masih jeles dengan Hamzah Ian sebab dengan rakus mengondol tempat pertama, ciss ciss.

hehe, korang baca entry si majah tu pon, da bole gelak guling-guling da. ntah mana budak ni lahir bawah bulan mengambang agaknya, entry semua tak boleh belah grrrr saje bikin wa panas..hahahahaa




oke da mengarut. oh yea, silakan singgah Blog Dr. Siti Hamidah ni ya. saya sangat suka gaya penulisan entrynya yang sangat-sangat realistik. satu entry yang paling saya suka ialah entry Hati terluka umpama besi bengkok (Last part) ni. sangat bermakna. ohh seyesly, cuba baca dulu, then baru uols tahu kenapa saya suka sangat entry tu..hehe, tapi kalau baca dari 1st part lagi AWEsome kot. oraitt?

oke da, esok keje pagi sebelum cuti 2 hari untuk hari konvokesyen oyea! korang silakan jaga diri elok-elok, minum air masak cukup-cukup, jangan berjemur terlampau sangat oke. sebab dalam 3, 4 hari ni suhu Bumi mungkin meningkat hingga 4 darjah C. jadi beringatlah, baru panas dunia ni, panas kat SANA, tak tahu lagi kan..ha manghi!

oke da bai.

~wassalam~

p/s : im not feeling very well >,<
 

Wednesday, July 27, 2011

Highlight Blog : Blog Comel

Dicatat oleh m i a di 11:34 PM 18 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua..

satu benda yang buat saya terpikat untuk fokus pada satu blog adalah sebab gaya blog tu sendiri. semua ada kreativiti untuk hasilkan blog masing-masing kan. ikot suka kita nak comelkan blog macamane, gaya penulisan entry, pemilihan entry dan paling awesome, kalau dapat cari, identiti blog kita yang takde pada blog orang lain hhuwaa gitew.

dua tiga hari ni, saya blogwalking singgah blog baru sambil survey blogger yang amek tempahan untuk header and new template. ehem. ada tiga empat ketul blog yang pada saya, memang betol-betol buat saya teruja nak singgah berulang-ulang kali. saya ni masih bule consider lagi pada blog yang lambat loading. tunggu dengan gigih mane la tahu kot entrynya sangat bagus dan hebat kan, hehe.

saya terjumpa dua blog yang sangat comel. mungkin sebab saya ni jenis suka gile pada komik dan doodle kot, jadi dua blog ni memang buat saya tersangatla teruja nak singgah hari-hari.





oh bagi uols yang kipas-susah-mati (die hard fan) pada komik macam saya, blog cik faten ni punya kreativiti sendiri sebab entry banyak dalam bentuk komik. rasa macam tengah baca komik online pulak tapi dalam bahasa Melayu. hheehe..






blog ini memang tersangatla super duper comel sebab doodle Cik Cempaka semuanya jenis kepala besar yang pada saya, sangat cute, rasa nak sepak-sepak je bila tengok. hahahaa. tapi apa yang paling saya nak highlight kat sini tentang blog Cik Cempaka ni ialah design blog DoodleLicious ni sangat simple dan senang nak loading. kemas tapi comel. dan kebetulan, cik cempaka murah hati nak bagi doodle free, korang bole klik banner kat bawah ni untuk sertai oke.



KLIK BANNER 

silakanlah untuk singgah dua blog ni. mungkin korang pun ada pendapat sendiri lepas singgah dua blog yang comel ni. Happy Blogging semua.

oke da bai

~wassalam~

Korang Click, korang cantik

Sunday, July 24, 2011

Jadi ganas sebab pengaruh game?

Dicatat oleh m i a di 8:51 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

selamat malam semua..

ada dengar tentang serangan di Norway? 92 orang maut dan pada saya, ini bukan jumlah yang sedikit. tapi kebanyakan akhbar berbahasa Melayu tak banyak ulas pasal kejadian ni, tapi akhbar berbahasa Cina, letak berita ni kat muka depan! pembunuhnya, lelaki warga Norway berusia umur 32 tahun pasang bom di tengah bandar Oslo sebelum melepaskan tembakan rambang di sebuah kem remaja di sebuah pulau.

saya ada borak dengan beberapa uncle dan auntie, most of them cakap, ini sana sini ganaz bom sini bom sana, seme sebab itu filim gadoh-gadoh punya. manyak takot mau kuluar rumah ini masham, seme pakai bom manyak sini sana. itu filim, ada game tembak-tembak lae, budak muda senang ikot maa, apa mau buat?? patut kasi sekat itu game sama filim tak mau kasi budak-budak tengok lah. budak sikalang, takde filim gadoh tumbok-tumbok ini masham *sambil tunjuk penumbok kat saya* budak-budak tarak suka, tak suka tengok kalu takde ganazz punyaaa.




kadang-kadang, rasa betol jugak pendapat orang tua ni kan. mereka ni, diam-diam tapi berisi, tak macam orang muda sekarang, diam-diam, habukk pon takde.hehe. takde la, semua da besar bole fikir baek buruk kan. saya percaya, setiap agama memang larang kita buat keganasan, betul? jadi, kita amek la yang baek-baek je, yang buruk, lipat elok-elok, buang.

jaga diri semua.

~wassalam~



Saturday, July 23, 2011

Malaysia Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-53..bola tu kan BULAT!

Dicatat oleh m i a di 11:32 PM 4 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua..

lagi seminggu aje nak konvo. alhamdulillah, tak banyak benda baru yang saya beli untuk konvo ni, hehe. ada kawan-kawan siap beli baju and kasut baru untuk majlis ni, sekali buat raya la kot. aha! lagi seminggu jugak kita semua nak masuk Ramadhan dan syukur sangat saya dan orang-orang yang disayangi masih lagi dapat sambut bulan mulia ni sama-sama. aminn, ehem da abes ganti puasa belom ni cik kak?

siapa tengok bola malam ni pasti sedikit kuciwa sebab Malaysia kalah 3-5 dengan Singapura. tapi masih ada harapan kot bila lawan kat tempat kita nanti. bola tu kan bulat, faham?


pasal bola tu bulat la, kita tak terjangka yang negara Malaysia dikurniakan dengan rezeki yang lain dari Tuhan. sapa sangka? Majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa Ke-53 yang dibuat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyaksikan Malaysia menyapu bersih tempat Pertama Qari dan Qariah! alhamdulillah..

kau tengok? bukan rezeki kita nak menang dengan Singapura (tu pun belum kalah lagi) tapi memang sangat bersyukur sebab qari dan qariah Malaysia hebat mengalahkan 81 peserta dari 50 negara.

kalau nak tengok video bacaan Qari dan Qariah Malaysia, korang boleh jenguk ke blog ini okey.

1. Blog Bulan Purnama

sekali lagi, tahniah untuk Malaysia. harap-harap adalah rezeki untuk kita jugak dalam perlawanan pusingan kedua 28 Julai ni ya. tiket mula dijual 26hb ni orait. hehee..

oke da bai.

~wassalam~

Pengguna TuneTalk bertuah disini

Friday, July 22, 2011

Happy Birthday sayang.

Dicatat oleh m i a di 10:23 AM 6 ulasan
Assalamualaikum..

hi uolss..

sekarang ni sedang gigih puasa, aha! lagi pulak, esok kerja jam sebelas, jadi berkobar-kobar nak update blog malam ni. eh, thanks pada yang bagi pendapat supaya saya pakai glove dalam entry berbisa ni, sekarang ni dapat bekerja dengan riang gumbira..muhahahaha. oke, cukup pendahuluan.

hari ni nak share tentang majlis makan-makan sempena birthday Iman sekali dengan ulangtahun ke-2 perkahwinan kak ngah saya. sangat meriah dengan sedara mara semua, tapi sedih sebab saya tak sempat join tiup lilin sebab kena kerja grrrr.

ibu sibuk buat cup cake untuk iman dan velvet cake untuk kakak saya. ohh tersangatlah lazat berkrim disukai ramai oke. saya sempat jugak meratah sebab ayah sangat baik hati menghantar kek kat tempat kerja hohohoho.

baeklah, mari biar gambar melakukan percakapan *lets picture do the talking* sebelum tu, entry ni seyes banyak gambar oke tak tipu..





















hamek kau, hamek kau, hehhee. tu pun banyak lagi tapi takkan nak taruk sini berlambak-lambak karang muntah pulak korang, hehehe. iman da masuk setahun ni da makin pandai berjalan, makin pandai mengemas rumah jugak oke grrrr. kalau letak buku atau handphone sepah-sepah memang selamatlah die kerjakan. masuk bilik saya, benda pertama iman cekup ialah barang make up, hamboi hamboii ada gaya nak jadi macam mama dia ni, suka make up auuwww..

oke da, lepas ni cari idea lagi nak update ape ea. tata uols

~wassalam~

p/s : Iman ni kadang-kadang saya rasa macam Mia Sara Nasuha la pulak, becok bukan maen lagi. grrrr

Buat hadiah sendiri oke jugak!

Wednesday, July 20, 2011

Selamat Bertunang, mokcik!

Dicatat oleh m i a di 10:58 PM 12 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua..

hari puas hati sebab dapat ke Watson dan sebat dua tiga ketul benda kat sane..hkehekhe..dekat limaplohhennget jugak abes..grrrr..

last weekend memang tersangatla sibuk, 1st majlis pertunangan sepupu dan saya merangkap bidan terjun tukang amek gambar..kemain lagi pusing-pusing dslr baget pakar la konon..cheh! 2nd, majlis makan-makan sempena birthday budak kecit ni dan jugak anniversary Kak Ngah and her husband. sangat happening. tapi sayang, saya tak sempat nak tengok iman potong kek sebab terpaksa kerja *oke highlight TERPAKSA tu, grr*

tahniah untuk sepupu tercinta, Zaleha Zaid sebab da jadi tunangan orang, oh banyak dugaan dik. lepas bertunang, semuanya jadi berbeza, benda kecik, bole jadi sangat besar, perkara simple, bole jadi tersangatlah complicated. tapi, ape yang penting? kerjasama!

pertama, percaya
kedua, percaya
ketiga, hormat
keempat, sedar diri!

cepat-cepat kawen leha uii..hehehe. meh tengok gambar yang tak seberapa ni oke..ni gambar yang ada kat handphone je, sempat rempat seketul dua..hoho..


sesi sarung cincin



hantaran 11 dulang semuanya



besar cincin woooww!



the Hantarans



goodies bag. paper bag macam bungkus pisang goreng tu, tapi kaler putih and sticker pink..oh sangat simple tapi classic yuu!!



cepat kawen dear..hehhe..

huwa, saya memang berkenan sangatlah bab-bab tunang kawen ni..hehee, itu yang berjaga sampai 5, 6 pagi dok menyiapkan goodies bag, bangkit jam 9.30 pagi, mata macam panda betina nak beranak..ahekhekehke, tapi hasilnya, sangat berbaloi-baloi!

untuk birthday buah hati pengarang jantung saya pulak, sambung esok bole?ehhehe, baru la ada idea nak update blog..alallalalaa...

oke bai uols

~wassalam~

Klik Proton Persona

Klik untuk bebas menjadi PANAS (HOT)



Tuesday, July 19, 2011

Iman da setahun, hao yeahhh!

Dicatat oleh m i a di 12:57 AM 4 ulasan
Assalamualaikum..


SELAMAT HARI LAHIR,
IMAN NUR AISYYAH BIN MOHD HAFFIZ







berita penuh, esok ea..hehehe..sory lama tak update. jaga diri oke..oh rindu kat blog ni..

ok bai,

~wassalam~

KLIK KALAU NAK CARI HADIAH

MAKAN DURIAN SAMBIL DENGAR MUZIK, AWESOME!

Thursday, July 14, 2011

Teguran berbisa..auwcch!

Dicatat oleh m i a di 7:41 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi readers..

rasa Ramadhan makin dekat da sekarang ni..lagi 2 minggu nak konvokesyen dan lepas tu berginjak pulak puasa..oh tak sabarnyaa..oke cukup mukadimah. pagi tadi kerja, ada kejadian yang buat saya berfikir panjang dan sampai mintak pendapat Safwan. naseblah pokcik sorang ni elok aje melayan kerenah saya..huhuhu..




kebanyakan regular customer tempat saya berkerja adalah warga asing, banyaknye omputih dan negro. ada jugak orang kita, tapi melayu memang kurang. 2, 3 ketul aje. hehee. dari mula bekerja sebagai cashier, saya memang kebiasaannya letak duit baki customer di atas kaunter dan mereka akan ambil dari situ aje. tujuannya, saya sebolehnya nak elakkan bersentuhan dengan customer (lelaki). bukan nak baget alim ke hape, tapi saya cuba sebaik mungkin untuk menjaga hal yang satu ni.

dan sebelum ini, semuanya okey. customer macam faham dan saya taklah letak duit tu maen lempar aje macam nak tunjuk bagos. tidak, saya letakkan duit tu dengan sesopan mungkin hingga rasa tak percaya yang diri sebenarnya sesopan itu. oke ini tipu.. ahkeheke..


tapi pagi tadi, saya ditegur dengan agak kasar oleh seorang customer negro. macam faham la jugak ayat yang beliau guna untuk 'sekolah' kan saya. kedengaran 'stupid', 'very rude, rude, rude', 'not good, not right', 'stupid' untuk kali kedua, dan 'stupid' untuk kali ketiga. oke ini saje bikin wa panas..grrrr...

Klik untuk dapat tiket movie FREE!

ada 2, 3 orang pelangan lain waktu tu, dan saya sangat malu. huhuhu. rasa hati nak aje eseplen habis-habisan pada abang negro tu tentang tindakan saya tu. tapi rasa macam useless aje la pulak kan..lagi pulak, pelanggan kan 'always right, pffftt'. makanya, saya hanya mampu mengucapkan 'sory, sory, sory' ajelah. dalam otak tengah fikir tentang lagu Super Junior, dan-dan pulak ada handphone sorang customer ni berbunyik lagu yang sama, akhekehkee..lawak! ok ini iklan..

bila fikir balik, saya tak salahkan customer negro tu sebab tegur saya, cuma yang saya kesal, ditegur depan khalayak ramai..aduhaii..muka merah macam bontot ungka jangan cakaplah, seyesly, saya memang malu sangat.

1st, saya faham, mungkin beliau bukan dari golongan 'orang kita'. kurang arif tentang budaya dan agama Islam sebab berbeza dengan negara beliau kot. 2nd, saya fikir, mungkin beliau panas sebab waktu nak scan barang-barang, adalah sikit sesi meng'usha' yang dijalankan, dan saya relaks jelah, buat muka bodoh, haisshh takkan nak tergedik-gedik pulak kan..raawwrr! so, mungkin beliau rasa saya macam kurang ajar tak letak duit baki kat tangan die yang dari tadi terkinja-kinja macam orang meroyan..aha!

moral of the story, mungkin lepas ni, saya akan elakkan diri untuk serve customer Negro. gataii gile ai tell yu! menyampaahhhnyewww..

oke da bai..

~wassalam~

p/s : esok ada kursus..oh berdebarnyaa..



Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday 4 : b Liv

Dicatat oleh m i a di 9:06 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..





saya mahukan ini..



~wassalam~

Tuesday, July 12, 2011

Ajal maut di tangan Tuhan.

Dicatat oleh m i a di 10:50 PM 8 ulasan
Assalamualaikum..

halo uols..

semalam selesai urusan pengambilan jubah dan beberapa urusan lain di Tanjong Malim..esok mula kerja balik..alahai malassnye, mentang-mentang da cuti 3 hari, bole golek-golek lama sikit kat atas katil, esok mula balik hazab nak bangkit pagi..alalalaaa..

semalam saya sempat ke Uptown Shah Alam bersama Safwan dan seorang lain kawan, Nedy. dari KL gerak ke Shah Alam amek Safwan. kemain happy bila nampak pokcik tu sampai lupa daratan kejap..ehhe..Safwan nampak makin kurus dan kemas sebab da potong rambut..alalalaa..

gerak ke Uptown Shah Alam dalam jam 1.30 pagi kot. jalan tak semak macam KL, so Nedy bawak kereta bole tahan laju, saya pulak rancak berborak dengan pokcik kat belakang. borak pasal keje, sikit pasal konvokesyen.




hampir sampai ke uptown, something happen, yang bisa buat saya, Safwan dan Nedy termenung 42 saat. mane taknye, kereta hampir terbalik sebab Nedy tak perasaan ada devider kat tengah jalan. bila Safwan tegur pasal devider tu, memang kereta da dekat sangat. Nedy yang memang terkejut gile pegi putar stereng 360 darjah, kereta memang da senget sebelah da hampir nak terbalik sebab tayar belah kanan da terangkat sikit, tapi nasebla mokcik tu pemandu yang berkaliber, berjaya buat kereta stabil balik.

fuuhhh, sampai uptown, cari parking, stop kereta and masing-masing terdiam. semua ibarat merenung masa depan. sunyi sepi sampai Nedy cakap "Mia, Nedy rasa nak nangesss" hehehee..memang gile la. kalau lah Safwan pon tak perasan pasal devider tu, agaknya kereta da melambung dan terbalik kot. dan kalaulah Nedy tak cepat-cepat pegang stereng lepas buat putaran 360 darjah tu, agaknya, kereta da berputar lapanblaskali dan kompomlah masing-masing da tercampak keluar dari kereta.. nauzubillah..

tapi Alhamdulillah, syukur sangat-sangat takde ape yang berlaku, cuba kereta yang ada kat belakang kitorang tu je yang sedikit fobia kot, yelah..tengok kereta senget depan mata..wakakapp..

TENGOK CARA PAKAR BERLUMBA KAT SINI

2 perkara yang boleh dijadikan ikhtibar. pertama, 2nd driver (orang yang duduk di sebelah driver, berdasarkan kes ini, saya lah ) patut membantu driver dalam pengawasan jalan, tolong tengok ada kucing melintas ke, tayar terbakar tengah jalan ke..

kedua, berhati-hatilah bagi kereta yang ber'power steering'. bahaya gile bila saat-saat kecemasan. putar sikit je, gerakan die kemain lagi sebab stereng ringan sangat. kalau kena pada yang kelam kabut macam saya mau terhumban kereta ke sana ke mari..huhuh

jadi, berhati-hati la ye semua..jaga diri uols

~wassalam~



 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan