--> Delima Ekspres Terbalik | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Monday, October 11, 2010

--> Delima Ekspres Terbalik

Dicatat oleh m i a di 8:49 AM

Assalamualaikum..

lihat sini dulu

entry ni kredit untuk kak ina.. thanks akak..

.........................................................

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan. Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu. Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa. Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ. Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau. Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.



 











Saksi nampak bas ekspres seperti terbang merempuh kenderaan lain

ALOR GAJAH: “Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah. 

“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Md Razel berkata sejurus sebelum insiden yang meragut 12 nyawa itu, dia bersama tujuh ahli keluarganya yang lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian, Johor, apabila bas Delima Ekspress itu tiba-tiba ‘terbang’ dari arah sebelah.

“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.

“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur.
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.

“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala



sumber dari rakan-rakan blogger di Kelab Blogger
..............................................................

subbhanallah..speechless...

19 ulasan:

Liyanaroxx on October 10, 2010 at 6:28 PM said... BALAS

Sedih..tak sanggup tgk berita & baca paper....3 jam sebelum kemalangan berlaku saya lalu di tempat kejadian sbb baru pulang dari umah org kawin di Alor Gajah Melaka...

dd dudu on October 10, 2010 at 6:29 PM said... BALAS

tangan... tu..

mia on October 10, 2010 at 6:43 PM said... BALAS

liyana :
huhu..sgt sayu kan..ape agaknya perasaan mak ayah yang baru je hantar anak naek bas tibe3 dgr berita ni...huu..

dd :
ye yang..tangan...naseb takde pic yang kepala punya..

Watierman, rmanbkr on October 10, 2010 at 6:48 PM said... BALAS

Salam Adik Mia...Akak blog hop dari blog Kak Ina KL.....syukurlah ...walaupun Adik ditimpa musibah kecil...akibat terseliuh..ada hikmah disebalik nya....Adik masih bernafas disisi insan tersayang....

Moga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini...Takziah & Al Fatihah buat yang terkorban!

mia on October 10, 2010 at 6:52 PM said... BALAS

sis watie :
thanks akak...huhu..sangat bersyukur kak...ibu sampai menangis..huhu..btw akak, thanks ea singgah sini...

kak ina kl on October 10, 2010 at 6:57 PM said... BALAS

alhamdulliah kamu terselamat daripada tragedi malang ni..tu semua qada dan qadar dari nya..bersyukurlah

mia on October 10, 2010 at 7:23 PM said... BALAS

kak ina :
thanks akak...mmg sgt brsyukur sis..huhuh

skool on October 10, 2010 at 7:26 PM said... BALAS

wa..ngeri sgt tue..huhu..nsb sgt mia tk naik tau...!!syukur..

mia on October 10, 2010 at 7:28 PM said... BALAS

skool :
eh syg..hehehe..hi dear...syukur sgt3 kan...thanks dear

Atiqah Adnan on October 10, 2010 at 8:00 PM said... BALAS

huiss.. takutnye.. ternangis kalong.. macam mane laa kan orang dalam bus tuh.. dah la dulu kalong selalu naik bus delima..

da la ko selalu naik bus.. adoyai~lepas ni pesan kat drebar bus tau.. bawa bus slowly tau.. jangan bawa bus laju-laju.. pesan ea mia kat drebar bus ko naek nanti..

mia on October 10, 2010 at 8:05 PM said... BALAS

kak long :
ibu pon nanges kak long..kalau la mia naek bas tu..ajim n ibu da tgu da tau kt pintu masuk bas tu..naseb safwan call ckp jgn balik smlm..huhu..kalu tak..da arwah da mia kak long uii..huhuhu..ibu seyes menangis..ni nak balik pon, ibu mcm tak kasi blik je..hahaha..

nur on October 10, 2010 at 8:19 PM said... BALAS

kesiannya.. tapi dah ajal kan
ALL IN ONE

mia on October 10, 2010 at 8:22 PM said... BALAS

nur :
tu laa...huhu..allah knows the best

yuyu on October 10, 2010 at 9:44 PM said... BALAS

nauzubillahiminzakik...

h A n Y S on October 10, 2010 at 11:44 PM said... BALAS

Ya Allah.. ngerinya..sayu tengok mayat2 bergelimpangan,syukur mia tak naik bas tu..

CahayaMatakuYangMenyaksikan on October 11, 2010 at 4:37 AM said... BALAS

mia..tau x, salah seorang yg meninggal tu budak upsi yang bakal konvo 15hb ne..huhu

mia on October 11, 2010 at 5:17 AM said... BALAS

sadis sgt kan...syukur sgt dear...thanks 4 droppin ur komen ek..

ateh :
yeke ni??seyes ateh?allah...sedihnya..

~SukEMakAn~ on October 11, 2010 at 6:04 AM said... BALAS

astaghfirullahalazim!
ina baru taw pasal nie
ish takotnye
ngeri betul

mia on October 11, 2010 at 6:54 AM said... BALAS

ina :
huhu..kan...xtau ape prasaan parent mangsa3 ni

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan