Budget 2011

Friday, October 15, 2010

Assalamualaikum..

kredit untuk  oren limau, thanks ye!

Hangat pasal baget 2011 sekarang ni..secara konklusinya..setelah berbincang..ini antara hasilnya :

❐ Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran berbaya..contoh : Astro...hohhoh

❐ 6.4 billion untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profession guru. 213 juta ringgit lagi di bajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi.

❐ 213 juta ringgit di peruntukan bagi mengangkat tinggi penguasaan bahasa malaysia, bahasa inggeris dan memperkemas kukurikulim.

❐ Kerajaan akan meningkatkan kadar enrolmen prasekolah dengan sasaran 72 peratus  menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

❐ kerajaan telah menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak 250 juta ringgit untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan cina, sekolah kebangsaan tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

❐ sebagai mengiktiraf pendidikan islam, kerajaan bersetuju untuk membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak 95 juta ringgit.

❐ menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan sebanyak 20 juta ringgit.

❐ selaras dengan peningkatan produktiviti, golongan pekerja seharusnya mendapat upah dan ganjaran yang lebih tinggi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. kenaikan ini berkuat kuasa mulai Januari 2011.

❐ Biasiswa kepada guru serta tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pelajaran 576 juta ringgit.

❐ Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini .

❐ Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar - 6.9 biliion ringgit untuk perlaksanaan infrastuktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar.

❐ Elaun imam naik 450 ringgit kepada 750 ringgit sebulan.

❐ Telefon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telefon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA, dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit. 

butiran lebih lanjut, klik sini.. 

so, ape pendapat korang?? hohoho..saya bole melonjat-lonjat la sebab profesion perguruan mula di pandang berat..hehee..

btw, sesempoi mana pon kita, senakal mana pon kamu, sesengal mana pon korang...benda-benda macam ni kadang-kadang kena amek tahu sikit ye..sikit je..tak tahu banyak pon takpe..asal tahu sikit jadilah..tapi lagi baek tahu banyak-banyak oke..

~wassalam~

You Might Also Like

3 Comments

  1. malangnye
    saye bukan guru
    ;(

    ReplyDelete
  2. nisa :
    hehhee..xpe dear..kamu bakal pekerja m'sia jgk kan

    ina :
    yeahhh...thniah utk anda..hahaa

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^