Kisah Paku

Thursday, October 14, 2010

Assalamualaikum..

huwa..ramai gile update serentak dalam masa 3 jam blogwalking ni..haishh..korang ade buat plan update berjemaah ke hape ni..hahahaa..korang memang superb blogger la..ade je orang komen kan..jadi tambah-tambah semangat pulak nak update entries..hohoh...

ni ade satu kisah nak share dengan korang tau..sendirian berhad punya oke...hahaa..



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatammu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita..



nice kan kisah ni...suka sangat..haa..sape nak amek..silakan...aiman tak kesah pon..hhehee...sharing is caring kan...

btw, Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda semua ye..

love uols la..

~wassalam~

You Might Also Like

13 Comments

  1. yupz,jgn biarkan kemarahan mengwal minda kt..
    pmkiran itu yg pntg..

    ReplyDelete
  2. nusha :
    betol dik..ehehhee..

    ReplyDelete
  3. eleh.. ni cerita ibu kan ko cilok!!

    ReplyDelete
  4. hahahaa..kira harta turun temurun lah..hahaa..ibu punya, turun kat mia.ok tak..hahaa

    ReplyDelete
  5. nusha :
    hahaaa..thanks dik..

    ReplyDelete
  6. wa......cite dr ibu syg?beshnye dgr..cerita dalam nasihat..eh..eh..silap2..cerita dalam nasihat...=P..share la lg cite2 ibu ^_^

    ReplyDelete
  7. skool :
    hehehe...nasihat dlm cerita la syg..hehee...ok3..nnti nk godek3 email

    ReplyDelete
  8. alahai
    tesedar kata ramai sangat yg ati belubang sebab ina
    jaatnye saye!
    T_______T

    ReplyDelete
  9. habis berlubang...mcm mana nak tampal..
    heheh..baru berkesempatan singgah blog nie...
    kat PD susah la..internet slow..hahaha

    salam perkenalan

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  10. ina :
    hhhahaa..hati sy tak berlubang pon iba..jujur ni..acecechh..

    kak sumi :
    huwaaa..thanks akk singgah sni..hhehee

    ReplyDelete
  11. sahabat sejati sukar dicari kannnn....

    slm ziarah

    ReplyDelete
  12. azzey :
    betol dear..thanks singgah ea

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^