--> eksklusif..keterangan saksi kejadian.. | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Monday, October 11, 2010

--> eksklusif..keterangan saksi kejadian..

Dicatat oleh m i a di 10:08 PM
Assalamualaikum.


kredit untuk  theSharkox...thanks bro..

Berikut adalah gambar-gambar dan kenyataan yang di tulis sendiri oleh kawan kepada kawan dia yang hampir menjadi mangsa tu.

KENYATAAN 1
Asalammualikum , Saya adalah merupakan nyaris mangsa kemalangan. satu malam x bleh tido masih terbayang2 keadaan berlaku. pada masa kejadian iaitu jam 6.35 petang semalam saya nampak segalanya apa yang berlaku sebelum impact. saya dari arah utara ke arah selatan. apa yang saya nak tekankan disini adalah PUNCA KEMALANGAN! 
Sewaktu kejadian, jalan arah ke utara penuh dengan kenderaan (ketiga-tiga lorang). Bas delima berada di lorong laju dengan MENGEKORI RAPAT kenderaan dihadapan (kenderaan putih mungkin myvi @ viva).. sewaktu hampir melepasi saya (sya di lorong laju arah selatan) bas tersebut terhunyung hayang ke kanan dan kiri (saya yang melihat keadaan tersebut menambah kelajuan) kemudian terdengar bunyi geseran sebanyak 2 kali. dan kemudian bas tersebut terus merempuh divider (tanpa sebarang resistance dari rail) menyimpang jalan. 
Asap terlalu tebal dan memenuhi jalan sejurus kemalangan. bunyi dentuman bertalu talu diiringi bunyi seretan. Saya yang dalam keadaan tergamam dan panik tak mampu nak menekan minyak .. dan setelah melihat belakang tiada satu kenderaan pon dapat melintasi kawasan kejadian.. jalan arah selatan menjadi kosong..kosong. 
saya masih terbayang wajah2 penumpang kereta yang saya potong seblum kejadian.. rata rata adlah keluarga, yang memandu dalam 90 kmj -100kmj. masyaAllah ... mujur ajal saya bukan disitu.. buat yang terlibat saya ucapkan takziah dan semoga roh yang mati dicucuri rahmat. ahh satu lagi saya rasa bas tu tidaklah dipandu laju sangat .. lebih kurang 110 kmj jer sebab jalan time tu sesak. 
KENYATAAN SAKSI KE- 2
Assalamualikum, saya adalah antara mangsa yang terlepaas dari pelanggaran semalam.. apa yang saya hendak nyatakan disini berkenaan kereta yang dihempap oleh bas adalah kereta yang betul 2 dibelakang saya (honda accord hitam ) . 
mujur saya pantas lebih kurang 5 saat di hadapan kereta honda tersebut... kelajuan lebih kurang 130 kmj pada waktu itu .. 
yang membuatkan saya tertarik untuk post disini adalah KEBANYAKAN MAKLUMAT DARI AKHBAR ADALAH BERCANGGAH DENGAN CERITA SEBENAR .. Saya akan ke balai polis untuk memberikan maklumat. kepada kawan2 yang ingin mengetahui maklumat sila la baca laporan saya di thread satu lagi. perkara menggagu pikiran saya dan diharap jangan buat sebarang spekulasi jika ingin membantu polis mencaari punca sebenar kemalangan.
by the way .. saksi dalam bas cakap bas laju dan mendahului kenderaan lain .. tidak benar .. sebelum kemalangan bas tersebut mengekori rapat sebuah kereta putih (viva @ myvi) sebelum hilang kawalan melepasi kereta saya (gen2) dan menghempap kereta belakang saya (honda accord warna hitam versi 2005++.)

psst : Al-Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam..

~wassalam~

4 ulasan:

dd dudu on October 11, 2010 at 5:22 PM said... BALAS

baguslaaa mia kumpul2kan maklumat ni, sebab dd malas nak gugel or bukak satu2 paper.. dd baca kat sini je tau, sekali arung, hehehehe


thanx

mia on October 11, 2010 at 5:46 PM said... BALAS

dd :
hehehe...welkam dear...thanks tau support mia..

The Sharkox on October 11, 2010 at 6:41 PM said... BALAS

Sama2 mia...:)

The Sharkox

mia on October 12, 2010 at 1:50 AM said... BALAS

sharkox :
hehe...thanks singgah sini

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan