Upah nuffnang dan google adsense dari sudut agama | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Friday, October 22, 2010

Upah nuffnang dan google adsense dari sudut agama

Dicatat oleh m i a di 2:10 PM
Assalamualaikum..


^^sharing is caring^^


SOALAN

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih



JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.

 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.  

Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan. 

Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

4) Cara pembayaran : Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.


KESIMPULAN

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.


Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.


Sekian.


~wassalam~

pst : kredit untuk sahabat saya, ateh..


16 ulasan:

aNiSa hANg tUaH on October 21, 2010 at 11:22 PM said... BALAS

duit :D

yuyu on October 21, 2010 at 11:23 PM said... BALAS

kesimpulannya,upah tu boleh kita gunakan atau tak?

mia on October 21, 2010 at 11:47 PM said... BALAS

anisa :
heheheh..suka duit...

yuyu :
bole yang

CINTAsebenarcinta on October 22, 2010 at 12:57 AM said... BALAS

ajar akak sket camana... :)

Heidi Shafiq on October 22, 2010 at 1:16 AM said... BALAS

informasi yg menarik.. :)

nusha on October 22, 2010 at 1:55 AM said... BALAS

boleh alhmdulillah,tp br rm4.75..heheh..

metot on October 22, 2010 at 6:46 AM said... BALAS

mia.. de contest. meh join. hehe

Un Phat Lee on October 22, 2010 at 8:38 AM said... BALAS

apsallah lu ni cun.(ade kaitan ke?) takde en? damn2.

shatooman on October 22, 2010 at 10:36 AM said... BALAS

duit tu halal digunakan sebab kita memberi ruang kepada pengiklan bagi mengiklankan produk/perkhidmatan mereka.. semacam mereka membayar sewa la kepada kita... tapi kalo mmg tak suka duit tu @ was2 nak guna, anda blh setkan iklan yg keluar tu sbg charity.. maka setiap iklan yg keluar, pihak nuffnag x kan bayar.. ^^

mia on October 23, 2010 at 2:38 AM said... BALAS

cinta :
hehee..ajar ape kak?add nuff ke?


heidi :
hhehe..tq, sharing is caring..

nusha :
hahaha..oke la tu dear..nnti byk, bole blnja..hoho

mia on October 23, 2010 at 2:41 AM said... BALAS

metot :
ok dear..nnti mia join ek..tq tau..

phat lee :
aik...hahahaha..ni nape?nk duit syiling ek?heheh..jokess!

shatooman :
betol...tq ek kasi opinion kt sini..btw, ta jgk singgah blog sy ek..

nur on October 23, 2010 at 2:43 AM said... BALAS

thanks mia for sharing this
fot you here:

khas untuk mia

ALL IN ONE

jijie on October 23, 2010 at 10:46 AM said... BALAS

agak cnfuse sebenarnya.. hehe..
nak2 diri sendiri tak berapa nak excited untuk gained income melalui nuffnang... hehe

mia on October 23, 2010 at 6:31 PM said... BALAS

jojie :
hehe..try la yang...

skool on October 23, 2010 at 6:55 PM said... BALAS

=P

mia on October 23, 2010 at 7:58 PM said... BALAS

skool :
:)

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan